Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik
Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan
pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Bujang.
Mokhtar
berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno
Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.
Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.
"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.
Bahagian Subang baru kemudian dikenali sebagai Umno Subang dan bahagian Subang Lama dikenali sebagai Umno Kelana Jaya, katanya.
Menurutnya
lagi, pada itu Umno Malaysia mengarahkan agar aset Umno bahagian yang
dipecah-pecahkan selepas persempadanan semula, dibahagikan sama rata
dengan bahagian baru.
Namun beliau pada masa itu memutuskan untuk menyerahkan tanah tersebut untuk ditadbir Umno Subang Lama.
"Saya serahkan (tanah) kepada pentadbir Subang yang lama.
"Yang menguruskan transaksi (tanah Umno) Subang adalah di bawah Datuk Yahya Bujang.
"Urusniaga itu (berlaku) di bawah beliau," katanya ketika diminta mengulas mengenai tapak tanah yang dikunjungi DAP semalam.
Tambahnya lagi, beliau sendiri sudah memaklumkan dakwaan terbaru DAP berhubung dakwaan berhubung tanah berkenaan kepada Yahya.
Beliau menjangkakan, Yahya akan menjelaskan perkara itu sekembalinya dari luar negara pada minggu depan.
DAP
semalam mengunjungi kawasan kondominium Suria Damansara, yang didakwa
diperolehi Umno Subang pada tahun 2004 dengan harga pada RM1 sekaki
persegi dan kini bernilai RM200 sekaki persegi.
MP DAP Tony Pua
yang turut mengunjungi kawasan tersebut mendakwa tanah berkenaan kini
menjadi tapak projek Suria Damansara – kondominium 200 unit yang setiap
satunya dianggarkan berharga RM450,000, dakwanya lagi.
Kunjungan
ke tapak berkenaan dibuat susulan pendedahan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim
pada bulan lalu bahawa BN membeli 24 keping tanah di Selangor pada harga
hanya RM1 sekaki persegi sekitar tahun 2004 ke 2008.
Ketua
penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus yang mengulas pendedahan itu
berkata tanah berkenaan tidak diberi kepada individu, sebaliknya
digunakan untuk kepentingan rakyat.
7 comments:
Rakab & the gang.... Tolonglah komen.....
Kalo beli utk rakyat kenapa melalui syarikat2 ali baba?? Kenapa x pindah milik terus pd umno..bukan x boleh..ini siap jual beli. jawab2.
Gen2-Y semua.. bersedia utk buat laporan polis & sprm.
Cri MAKAN bro... Nk wat mcm mne. Lama Doh buat kerja ni. Bising r org Pakatan. Dlm UBN ni makna Y.B. Singkatan YANG BAHAM T ANAH. Ingt dulu Y.B. Yang Berkhidmat.. Cis.. Baham BoDo kita duk sokong Puok Ni. Sama je mne2 Negeri UBN.. JAHAT BELAKA sape yg Buat Kerja gni. INSAFLAH... Jangan Tipu RAKYAT..
Sapuuu jangan tak sapuuu.....banyak sapuu boleh jadi jutawan segera....kayo pak cik..
Itulah gaya puak umno tanggung anak bini.
Gaya ahli peniagaan umno, mengabiskan harta rakyat mana yang ada.
Utk kepetingan rakyat yg dua tiga kerat dlm umno.dah tersepit nak jawab mmcm mna lg.betul ah puak umno nih klau tak mentsngkedarah harta rakyat jgn panggil umno.
Post a Comment