Sekitar 19 Disember lalu, sebuah Blog Pencacai UMNO yang ternama dari
Utara Semenanjung telah menyiarkan sebuah artikel dengan tajuk ‘Kubur
Umat Islam di hancurkan dapat kebenaran regim DAP Pulau Pinang.
Berikut adalah print screen apa yang telah disiarkannya..
Walaupun aku sedar ianya hanyalah cerita rekaan yang berbaur fitnah namun aku perlukan lebih banyak maklumat untuk menjawab fitnah tersebut.
Oleh kerana pada waktu itu syndrome kemalasan telah melanda aku maka aku hubungi seseorang yang sahabat yang bertugas dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang memintanya memberikan info.
Malangnya beliau sedang bercuti pada ketika itu dan beliau berjanji akan memberikan jawapan sebaiknya tentang fitnah tersebut..
Dan akhirnya jawapan yang aku tunggu telah diterima dengan selamatnya dan dengan ini.. sekali lagi Blogger Pencacai UMNO yang ternama dari Utara Semanjung itu telah kantoi!!
Berikut adalah Kenyataan Media YB Dato' Abdul Malik Kassim menjawab fitnah pencacai UMNO itu..
Perkara membabitkan soal agama lebih-lebih lagi fitnah tidak sewajarnya dipolitikkan mana-mana pihak. Ia bukan sahaja perbuatan keji yang boleh mencetuskan api perkauman, malah boleh mendatangkan musibah lebih besar dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.
Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sentiasa melayani keperluan rakyat secara adil tanpa mengira bangsa dan agama.
Keperihatinan ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan masalah kesesakan tanah perkuburan Islam Jelutong yang membelenggu umat Islam negeri ini sejak 13 tahun.
Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerajaan negeri telah berjaya dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran tanah kubur tersebut.
Namun ada pihak cuba menafikan kejayaan itu, dengan cuba memutarbelit isu tanah perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam yang kononnya telah diceroboh oleh pemaju untuk projek perumahan.
Golongan berkenaan cuba membangkitkan api kebencian kaum serta agama dan cuba menuding jari kepada kerajan negeri.
Hakikatnya, siasatan pihak berkuasa mendapati tidak ada sebarang pencerobohan atau pelanggaran sempadan tanah perkuburan oleh pemaju. Tembok yang dibina pemaju adalah di atas tapak asal pagar lama sempadan yang wujud sejak sekian lama.
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP), Majlis Agama Islam (MAINPP), Jabatan Mufti, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa pihak berkuasa telah mengadakan pertemuan dengan pihak Pemaju, Qaryah Masjid, JKKK dan waris pada 21 Disember lalu.
Difahamkan terdapat batu nisan lama telah 'hilang' dipercayai akibat tanah mendap dan hakisan.
Terdapat juga batu-batu nisan lama yang diletakkan di tepi pagar sejak bertahun lalu, dipercayai selepas diganti dengan batu-batu nisan baru oleh waris.
Bagaimanapun, seorang waris mendakwa batu nisan keluarganya telah hilang, dan bercadang untuk menyelesaikannya melalui saluran perundangan, meskipun pemaju telah memohon maaf atas kesulitan yang berlaku serta bersedia menanggung tuntutan gantirugi daripada waris.
Dalam masa yang sama kerajaan negeri akan bertindak tegas kepada mana-mana pemaju dan kontraktor yang melanggari syarat pihak berkuasa terutama yang membabitkan kepentingan umat Islam, berkaitan tanah wakaf, kubur atau masjid.
Saya berkeyakinan isu berkenaan boleh diselesaikan secara baik melalui rundingan berhemah tanpa dipengaruhi oleh emosi keterlaluan dan termakan hasutan pihak tertentu yang berniat menangguk di air keruh bagi mensasikan isu tersebut.
Itulah.. orang kata kalau tak tahu, bertanya.. jangan main tulis tak tentu hala.. kan akhirnya dah jadi fitnah..
By the way.. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zul dengan ucapan Pemilihan yang akan datang ini kita berperang lagi... he..he..ASD

3 comments:
“The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia.” - Lim Kit Siang.
ahli pas sekelian, kita telah ditipu oleh dap! marilah kita bersama-sama bangkit menolak kebatilan dan kesesatan dalam pakatan. Takbir!
Nok apa kata ko ya anon 27-12-2012 @07:45..ABU.
tilik diri kamu dulu sebelum tuduh orang lain sesat
Post a Comment