"Untuk berlakon di hadapan rakyat, Dr Mahathir menimbulkan keraguan umum
apabila mendakwa beliau berpuas hati dengan prestasi Najib sebagai
Perdana Menteri.
"Setakat itu sahajakah Perdana Menteri yang mampu dikemukakan oleh Umno,
masalah pembantu rumah pun tak dapat diselesaikan walaupun sudah
bertahun-tahun berlarutan sehingga tidak henti-henti kedutaan Malaysia
di Indonesia terpaksa berhadapan dengan tunjuk perasaan aktivis sosial
dan rakyat negara itu," katanya.
Baru-baru ini kerajaan Indonesia sekali lagi melarang rakyatnya berkerja
sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila 105 pembantu rumah asing, di
mana 95 dari mereka berasal dari Indonesia, dikurung dan dijadikan
tawanan di negara ini.
"Tak perlu bawa contoh lain yang besar-besar, masalah pembantu rumah itu
pun sudah bertahun-tahun kerajaan Najib tak dapat diselesaikan, tak
payah cakaplah soal berdebat dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), nampak
sangat Najib menikus tak habis-habis dan hanya berani menjerit dari
jauh.
"Macam itu Dr Mahathir puas hati?" kata Salahuddin yang merasa amat lucu
dengan dakwaan Dr Mahathir hari ini kononnya beliau berpuas dengan
prestasi Najib.
Sambil mendakwa kononnya beliau berpuas hati dengan Najib, Dr Mahathir
meneruskan tradisinya menghentam Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
menggantikannya sebagai Perdana Menteri pada 2003 lalu.
Salahuddin juga menyifatkan Najib hanya pandai mengampu sebahagian rakyat untuk menyokongnya dengan istilah "simpanan tetap".
Bagi Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, menganggap mana-mana pihak sebagai
"simpanan tetap" kepada Barisan Nasional (BN) adalah penghinaan kepada
mereka.
"Pihak yang disifatkan sebagai 'simpanan tetap' itu akhirnya akan
dilihat oleh rakyat sebagai penyokong buta tuli BN walaupun pemerintahan
parti itu dibuktikan penuh dengan skandal dan penyelewengan," kata
Salahuddin.
Bernama Ahad lalu melaporkan Najib mahu masyarakat India kembali menjadi
"simpanan tetap" kepada BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan
datang.
1 comment:
Madey turun tengok lembu pawah. Tengok Lembu cucuk hidung dalam kandang wei.. Mcm rakab.depak.cai and Gabang style... Kih.kih.kih...
Post a Comment