Isu yang melibatkan
kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat.
Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai
pemimpin yang begitu mudah di kaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta
isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besar nya di
kaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.
Malaysia bukan letaknya di benua
Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara
yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini.
Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya
meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti.
Apabila seorang
Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga
sepatutnya meletakkan jawatan.
Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli
Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya.
Selama ini kita tidak mengamalkan
moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali
etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau.
Itulah sebabnya
kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan
negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini
sebagi isu teras bagi kepimpinan negara.
Banyak masalah negara sepatutnya telah
dapat di selesaikan jika isu moral dan etika ini di ambil berat oleh mereka
yang sedang berkuasa.
Dalam isu Deepak dan Musa Hassan
yang sedang menjadi perbualan ramai sekarang ini, mereka yang dikaitkan, iaitu
Najib dan isterinya sepatutnya tampil kedepan dan memberikan penjelasan
terhadap isu yang di timbulkan oleh Deepak terutamanya.
Apabila matinya
seseorang wanita asing yang di kaitkan dengan orang-orang yang hampir dengan
Perdana Menteri, Najib mesti tampil kehadapan dan memberikan penjelasan secara
terbuka kepada rakyat.
Ini sangat penting, kerana Najib
itu adalah Perdana Menteri dan Rosmah itu adalah isteri kepada Perdana Menteri.
Rakyat ingin tahu kenapa Rosmah mencari Deepak untuk memaksa Bala Subramaniam
melakukan ‘retraction’ terhadap akuan bersumpah yang pertamanya dan menyediakan
seorang peguam untuk mengadakan akuan bersumpah yang kedua.
Ianya tentu ada
kena mengena dengan Rosmah dan Najib. Kalau ia tidak kena mengena dengan suami
isteri itu masakan mereka sibuk untuk meminta Deepak mencari Bala Subramaniam.
Jika Najib dan Rosmah tidak
tampil kedepan dan memberikan penjelasan, apa yang perlu dilakukan sekarang
oleh Najib ialah untuk berundur dan seluruh kabinet patut berundur kerana ini adalah cara demokrasi
dan etika kepimpinan negara yang sudah maju mengamalkannya.
Itu sebabnya
seseorang pemimpin bagi negara yang sedang membangun mesti menjaga kewibawaan
mereka dengan tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti pembunuhan dan
rasuah serta apa jua perkara yang melanggar moral dan etika kepimpinan negara
itu.
Di negara barat seperti di
Amerika Syarikat dan lain-lain, seseorang yang bersedudukan dengan teman wanita
tanpa pernikahan yang sah itu adalah menjadi budaya dan perkara yang biasa.
Tetapi Gary Hart seorang calon ‘primary’ dari parti Demokrat telah berundur
dari pemilihan itu kerana beliau di dapati pernah bersedudukan dengan seorang
wanita di luar perkahwinannya. Kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang ‘normal’
bagi orang negara barat.
Tetapi apabila isu itu di ketahui
umum, Gary Hart telah mengundurkan diri dari pertandingan itu kerana
semata-mata untuk menjaga etika kepimpinan dan moral negara AS itu.
John Terry
pernah di gugurkan sebagai ketua pasukan bola England apabila beliau di katakan
mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita sahabatnya sendiri. Tindakan
itu ialah untuk menjaga moral dan etika pasukan bola negara England.
Begitulah tingginya nilai moral
di mana-mana negara maju jika ia berkaitan dengan kepimpinan. Nilai inilah yang
kita tidak pernah mengambil pusing kerana kita menganggap pemimpin itu boleh
melakukan apa sahaja yang tidak bermoral dan beretika itu.
2 comments:
lama doh Melayu tadok Moral.. Benci dengor pasal Moral puok UBN.. dari kecik spai besor tengok gelagat UBN memang giler r.. macam macam adaaa . macam macam giler... Insaflah....
Muka tak malu dan tak pernah rasa malu.
Post a Comment