Tuesday, December 18, 2012

KES POLIS WANITA & RUSUHAN!!! Jangan termakan umpan fitnah yang ditabur blogger UMNO


Tidak dapat dinafikan, kejadian yang sengaja digembar-gemburkan beberapa blog Umno kunun berlaku 'rusuhan' di Sungai Petani, Kedah sebenarnya hanyalah sekelumit daripada kisah bohong yang mula berlegar di alam maya terutamanya menjelang pilihanraya umum kurang empat bulan dari sekarang.

Tidak lupa, beberapa blog Pakatan Rakyat juga 'terpedaya' dengan satu kenyataan terbuka 'seorang anggota polis wanita' yang kononnya dipaksa bertukar ke Borneo semata-mata pendirian politiknya berbeza dengan rejim pemerintah, seharusnya wajar diambil berat.

Dalam keghairahan menyiarkan berita terbaru dan panas, ada kalanya aspek kesahihan maklumat itu sendiri wajar diperhatikan bagi mengelakkan salaha faham ssterusnya menjadi peluru buat musuh untuk menyerang kembali.

Wajar juga kesemua pemain media internet termasuk blogger, Facebooker dan Twiiter meletakkan status 'belum sahih' atau 'menanti perkembangan lanjut' bagi memastikan berita sepenuhnya yang disiarkan tepat bagi mengelakkan timbul fitnah dan salah sangka.

Mengambil contoh insiden 'rusuhan' di Sungai Petani semalam, jelas ia satu bentuk propaganda ciptaan Umno yang mahu 'menzahirkan' kata-kata ketua wanita mereka, Shahrizat Jalil semasa perhimpunan agung Umno yang berlalu tanpa sebarang perubahan dalam parti itu.

Jangan pula nanti sebaran berita yang kita kutip tanpa mendapat status pengesahan akan digunakan kembali untuk menuduh blog Pakatan Rakyat sengaja mencipta isu walaupun sebenarnya maklumat yang hendak disampaikan tenyata benar.

Seharusnya, kita mesti menyelidik dahulu keabsahan sesuatu maklumat sebelum disiarkan dalam medium masing-masing kerana belum tentu satu maklumat yang kita terima itu sama dengan maklumat yang diterima orang lain.

Jadi akan timbul kekeliruan di atas berita kita seterusnya menjadikan keadaan lebih sukar untuk orang mempercayai berita yang disampaikan.

Rejim Zionis Umno dan bala tentera upahannya akan terus menyerang Pakatan Rakyat dengan maklumat yang mengelirukan serta palsu sebagai senjata untuk menyerang kembali Pakatan Rakyat, seterusnya menjadikan kita dalam keadaan defensif (bertahan) walaupun sebelum itu bersifat offensif (menyerang).

Makin hampir Umno hendak menemui ajal politiknya, makin banyak fitnah dijangka akan ditabur bagi memastikan maklumat yang sampai semuanya sudah tidak berguna lagi walaupun benar kerana dalam peperangan siber, kepantasan dan ketepatan maklumat penting bagi memastikan kita senitasa selangkah atau dua langkah di hadapan musuh.

Jadikanlah insiden sebelum ini sebagai iktibar dan berhati-hatilah dengan perangkap musuh yang sengaja mengenakan kita!

JALAN PULANG

2 comments:

Anonymous said...

http://harapan-esok.blogspot.com/2012/12/bekas-polis-menyesal-masuk-pas-dipaksa.html?m=1

Ini satu lagi fitnah syaitan? Siasat sikit, mana tahu ada lagi nk kena sama..

Anonymous said...

Kita sama2 islam & sy rasa owner blog ni pun melayu.. Better kita jaga bahasa kita & jgn kluarkn kata2 -ve coz org yg baca kata2 -ve tu akan menganggap -ve ttg kita.. Xperlu labelkn pihak yg xsealiran dgn saudara dgn mcm2 nama.. We should treat others like what we want them to treat us..