Saturday, December 15, 2012

MAI BACA!!! Malang sungguh UMNO terkena jerat DAP

Apabila tidak ada Melayu yang dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dalam Kongres DAP Kebangsaan ke 16, maka ada pihak menuduh bahawa DAP menampakkan parti Cauvinis dengan memberi contoh calun melayu yang bertanding tidak seorang pun menang.

Kepada siapa yang hendak disalahkan apabila calun melayu tidak dipilih dalam Kongres DAP semalam. Kita kena salahkan kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, mereka yang bertanding itu adakah untuk menang atau saja-saja bertanding sebagai melayan permintaan beberapa orang kawan didalam DAP.

Sekiranya calun melayu itu bertanding untuk mahu menang, maka adalah teramat malang kerana calun itu tidak menilik dicermin akan kemampuan diri sendiri apabila menyerahkan diri kepada lebih 2000 orang perwakilan yang tentunya ramai kawan cina daripada kawan melayu dalam DAP.

Tidak pelik sekiranya perwakilan tidak pilih calun melayu dalam Kongres DAP tahun ini kerana ahli-ahli DAP mahu seberapa ramai pemimpin cina DAP turun meraih undi dari pengundi  bagi memastikan pengundi keturunan cina memilih PR, kerana untuk meraih undi melayu PR sudah ada parti PAS yang dikenali Parti Islam SeMalaysia bagi meraih undi orang-orang melayu dan Islam

Keputusan Kongres DAP adalah jelas tahun ini apabila perwakilan memilih mereka-mereka yang akan mendekati pengundi cina bagi mempastikan pengundi cina akan terus memberi sokongan kepada DAP yang dengan sendirinya akan membantu PR. 
 
Lihatlah dikalangan bekas anggota jawatankuasa pusat sendiri pun ada yang tidak dipilih itu menunjukkan kematangan perwakilan memilih tenaga kerja untuk DAP menghadapi PRU13 kelak.

Kepintaran PR mengatur parti-parti dalam pakatan bagi menawan kelopok pengundi yang berbagai adalah jelas boleh melemahkan BN ini kerana PR telah memberi perhatian yang khusus bagi menarik pengundi supaya menyokong PR seperti DAP akan memberi tumpuan kepada pengundi cina, PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu dan Islam manakala PKR akan memberi tumpuan kepada pengundi berbagai-bagai bangsa dan ugama.

Kerana merasai akan kehilangan kuasa, mahu tidak mahu pihak UMNO telah mencanangkan melalui berbagai-bagai cara sama ada melalui media cetak dan eletronik, blog, twitter dan Fb yang pro kerajaan dan UMNO supaya mencetuskan kebencian orang melayu kepada DAP dengan melebalkan bahawa DAP adalah cauvinis apabila tidak seorang pun orang melayu dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Pusat dalam Kongres DAP. 
 
Yang sebenarnya keputusan yang dibuat oleh perwakilan itu adalah sebahagian startegi DAP untuk meraih undi orang-orang cina bagi mengalahkan BN dalam PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sekarang ini.

Dalam politik, untuk menang bukan perkara yang boleh dilihat ditekankan tapi startegi yang tersirat akan diterjemahkan kepada yang tersurat. 
 
Di Kelantan sejak dari dulu lagi UMNO dilihat kuat diluar tapi selalu menerima kekalahan apabila peti undi dibuka dan kini bukan saja di Kelantan ianya akan melimpah ke seluruh Malaysia. 
 
Kini UMNO dan BN hanya dilihat kuat diluar tapi kosong dalam penghayatan ummah.Newkk

9 comments:

Anonymous said...

klau benar seia sekata, mana pemerhati dr kalangan komponen PR? mana hadi awang, mana anuar ibrahim dalam kongres DAP ni?

Anonymous said...

hoi tuan pyy goblog....ko ni betul2 penjilat DOG AND PIG lah...

Anonymous said...

beruk umno meroyan kat sini. tak sedut kentut rosmah lagi ari ini

Anonymous said...

Anon 20.29
Apakah tuan seorang islam atau tak faham tentang islam. Islam sama sekali melarang umatnya memaki,mencerca, menghina, apatah lagi memfitnah besar dosanya. Cuba2lah hampirkan diri dengan kelas2 pengajian dibidang akhlak islam sebenarnya. AMINNNNN.

Anonymous said...

ye la tu, bagi nasihat tu kepada beruk2 umno termasuk ko juga

Anonymous said...

Rupanya UMNO marah sangat kalau disebut nama Rosmah.... Sayang sangat UMNO pada Rosmah....

insafdoh67 said...

huh.huh.huh... pg mkn kentot bik mama dlu ke. bru mri idea... kih.kih.kih...

Deepak said...

Puak kau nak sebut nama Rosmah seribu kali sehari pun kami peduli apa...

Kami hanya marah sebab puak kau suka menjaja fitnah !!...memecahkan ummah!

Deepak said...

Anwar dan Dap marah Pas Bentong sebab komplen acara tari menari semasa majlis makan malam anjuran Dap.

Acara tu memang dah menjadi amalan Dap setiap kali majlis seperti itu diadakan.

Anwar menegur Pas kerana semakin mirip cara Taliban !.

ayoyo.....