Sunday, December 2, 2012

MAI TENGOK!!! Undian Sinar yang tiada sinar buat UMNO



(Keputusan bancian antara PAS dan Umno))

KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3  kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.

89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS  dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.

Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini.



(Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.

Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai  kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"

Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046.


(Bancian tentang sokongan antara BN dan PR)

Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:

PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta.

Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang.

7 comments:

Anonymous said...

setakat seribu orang yang undi terus nak buat konklusi? kenapa tak siarkan kajian daripada ukm yang menunjukkan penolakan rakyat terhadap pakatan, terutamanya pas? nak sembunyikan kebenaran ke?

Anonymous said...

kajian daripada universiti lah baru authentic, takde bias. kalau aku sorang duduk depan komputer vote dekat akhbar sinar harian tu seribu kali pun boleh... apa punya pemikiran lah

Anonymous said...

penolakan rakyat terhadap pakatan memang jelas, sehinggakan blog paspb terpaksa memasukkan gambar edit untuk menunjukkan konon-kononnyer ramai yang datang ke ceramah pakatan untuk menutup malu. come on lah beb, sekarang ni zaman IT, orang tau lah kalau ko menipu.

Anonymous said...

penolakan pakatan oleh golongan muda jugak jelas selepas pro kerajaan menang besar semasa pilihanraya kampus dahulu, fakta yang cuba disembunyikan oleh blogger paspb. sedarlah wahai pas, kamu berada di dalam kesesatan. kembalilah ke landasan asal supaya orang kembali menyokong kamu.

Anonymous said...

Hoi beruk ko ingat sinar bangang mcm ko. Ada sekor je tapi buat komen byk2 konon byk ekor . Admin paspb tahu la no ip ko mcm tu la poll sinar tu hy utk 1 no ip je . Bodoh punya beruk

Anonymous said...

Kalau bn yakin bole menang,kenapa sampai sekarang PM tak berani umumkan bila PU13 akan diadakan....apa nak takuut..

neko said...

beruk cyber trooper umno dah sakit ati dahhhhhhhh. kah kah kah kahhhhhh