Saturday, December 8, 2012

MARAH & GERAM!!! Rakyat tunjuk perasaan, kamera AES kena cat merah


Mungkin ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES."Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan,

Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi. Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.

“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.

"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.

11 comments:

Anonymous said...

Hanya manusia celaka dan hati busuk saja menentang satu usaha yang baik sebegini. Puak inilah kalau orang belah lampu merah depan mereka mereka akan maki hamun. Ustaz saya sebut dulu, manusia ni kalau undang-undang manusia yang baik pun tak boleh ikut tak usah dok cakap pasal undang-undang Allah. Sebab manusia yang patuh kepada Allah pasti akan patuh juga kepada undang-undang manusia yang membawa kebaikan. Melainkan puak munafik sahaja. Dia saja yang baik. orang lain semuanya busuk. Dia lupa dalam perut dia pun penuh taik jugak. Jika begitu saya sarankan di negeri-negi yang pakatan perintah, sila tumbangkan semua traffic light. Bukankah itu juga menysahkan dan salah satu peraturan jalanraya.

Anonymous said...

Apalah bodoh punya komen dari anon 04:01. Sah pencacai umporno totok.

Anonymous said...

dia banyak duit nak bagi kepada tokey MCA

Anonymous said...

Kalau nak jek tu jgn la sampai terbalik kereta. Pasangla kamera kat bilik anak2 spy tau anak buat salah. Tak ke gitu ye? Bodo tak dpt diajar

Anonymous said...

Ahli pas sekelian, mari kita sama2 buat demonstrasi membantah night club pertama shah alam pada 12.12.12 nanti. Kita mesti menolak kebatilan.. Takbir!

Anonymous said...

ko nak derhaka kepada tuanku silakan wahai pencacai ameno

Anonymous said...

Bila masa pulak pas taat pada sultan? Seingat aku org pas sanggup baring atas jln tahan kereta sultan semata2 utk mempertahankan dap..

Anonymous said...

Anon 0644, heran betul aku. Bila khalid gereja luluskan night club, terus kecut? alah... Takkan takut dgn anwarinas kot?

insafdoh67 said...

Cerita khalid. Anuar lama doh dgr.. Tp Bukti.. Nehiii.. Yilet.. Poooraah.. Bergegar bunyi ingt Guruh... Cis.. Rupa Kentut pun tarak.. Ayoo. Ni ape crite bro... Kih.kih.kih.

Deepak said...

Itu bukan kerja rakyat yang tunjuk perasaan tapi kerja samseng Pakatan !!
Puak Pakatan memang suka menentang benda-benda yang baik. Perusuh, perosak harta rakyat, kaki huru-hara !!

Deepak said...

insafdoh,..ko punya amma ada wutang lagi 30 ringgit aku punya karpet.

bila mau kasi bayar ?

oooooo,..barang sudah angkat tapi wang tak mau kasi...citt! busuk punya worang!