Minggu-minggu kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek
oleh pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet,
Deepak yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan
juga bekas IGP, Musa Hassan.
Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu.
Walaupun Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang ditimbulkan.
Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu.
Walaupun Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang ditimbulkan.
Ini sekaligus menjadikan sekali lagi persepsi rakyat memihak kepada Anwar dan PR serta menjadi mimpi yang amat buruk kepada Najib di ketika beliau sedang memikir-mikir tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihanraya umum ke 13.
Musa Hasan pula mula muncul menghangatkan atmosfera politik negara dengan pendedahan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein sering canpurtangan dalam urusan dan mengetepikan kedudukannya sebagai IGP. Beliau mendakwa Hishammuddin sering memberi arahan langsung melalui pegawai polis junior dan ketua polis daerah.
Sehingga ini Musa Hassan menjadi individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua orang atas keyakinan behawa beliau akan mendedahkan lebih banyak lagi mengenai kepincangan dalam PDRM serta campurtangan orang politik dalam tugas seharian polis.
Tiada siapa menyangka Musa Hassan yang mula melonjak namanya selepas Anwar dipecat pada 1998 di mana beliau ketika itu diberi peranan mengetuai pasukan penyiasat dalam kes liwat yang membabitkan Anwar dan Azizan Abu Bakar, boleh melawan arus dengan kerajaan sekarang ini.
Walaupun Musa tidak secara terbuka menyokong Anwar dan PR tetapi pelbagai pendedahannya mengenai campurtangan orang politik dalam tugas polis, jelas menguntungkan perjalanan politik Anwar yang kini bersaing hebat dengan Najib untuk menguasai Putrajaya.
Lebih-lebih lagi serangan terbuka Musa kepada Hishammuddin adalah ibarat "pukul anak sindir menantu" kerana Hishammuddin adalah sepupu dan antara orang kepercayaan Najib.
Gambaran yang terbentang sekarang menunjukkan bahawa Musa tidak akan berhenti bercakap. Selepas Rais Yatim menjawab bagi pihak Hishammuddin mengenai peranan Menteri Dalam Negeri dalam urusan polis, Musa tidak menunggu lama untuk bingkas balik menangkis jawapan Rais itu.
Dalam masa yang sama, Musa juga bersetuju untuk menjadi ahli panel wacana politik semasa mengenai budaya politik samseng yang dianjurkan akhbar Sinar Harian pada Khamis, 6 Disember ini. Sudah tentu ada lagi lahar panas yang akan terus terpacul dari mulut beliau dalam wacana itu nanti.
Siapalah menyangka Musa Hasan boleh menjadi seperti sekarang ini. Daripada mengetuai pasukan penyiasat kes liwat Anwar, diberi peluang kenaikan pangkat sehingga menduduki kerusi IGP, menjadi pendokong kuat kerajaan beberapa lama dan menjadi musuh utama pembangkang selama ini, tiba-tiba boleh membuat pusingan 360 darjah.
Inilah yang selalu diperingatkan kepada kita dalam mengatur perjalanan hidup di dunia ini, "Manusia merancang, Tuhan merancang tetapi ingatlah bahawa perancangan Tuhan sentiasa menang"
Pendek kata, dengan Deepak dan Musa Hassan terus bersuara, mereka akan terus menyusahkan kedudukan Najib.
Jika Musa Hassan selama ini pendokong kuat kerajaan, Deepak pula adalah antara deretan kawan rapat dan kroni Najib dan Rosmah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beberapa nama yang lain turut menjadi sebutan umum yang diketahui sebagai mempunyai hubungan rapat dan memperolehi nikmat kekayaan melalui hubungan itu. Antaranya ialah bekas pelari pecut negara, Mumtaz Jaafar yang sebelum ini sering dilihat bersama dan mengiringi di mana saja Rosmah berada.
Keintiman dan tidak mahu berenggangnya dengan Rosmah menyebabkan kadangkala beliau digelar kembar siam kepada isteri Perdana Menteri. Dan manfaat yang diperolehi Mumtaz daripada hubungan yang rapat itu juga menjadi bualan umum dan diperkatakan di mana-mana.
Sebagaimana Deepak, difahamkan hubungan Mumtaz dengan Rosmah juga sudah berakhir. Mereka kini menjadi kembar siam yang sudah dipisahkan.
Apabila Deepak mula bersuara mendedahkan pelbagai kepincangan mengenai Najib dan Rosmah, khabar angin juga mulai bertiup di bursa politik Malaysia mengenai kedudukan Mumtaz. Jika selama ini beliau hanya diam dan memencilkan diri, mungkinkah beliau juga akan menuruti jejak langkah Deepak selepas ini?
Mumtaz yang diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah dan keluarga Najib dalam tempoh beberapa tahun serta sering bersidai dan keluar masuk rumah Najib tentunya turut menjadi buruan media jika beliau beliau turut membuka mulut seperti Deepak dan Musa Hassan.
Tentunya bermacam-macam cerita yang menarik serta sensasi akan keluar dan terdedah dari mulutnya mengenai Najib dan Rosmah. Bak kata iklan Astro "macam-macam ada" dalam pengetahuan Mumtaz. (SH 06/12/12)
10 comments:
Bertaubatlah paspb. Cerita pasal deepak adalah penipuan yg sgt jelas. deepak pun tlh membuat pengakuan bahawa anuwar yg mengarahkannyer utk menfitnah ds najib dan datin rosmah. Video pengakuan tlh tersebar luas. Jgnlah paspb menjadi agen fitnah dan menyebarkan berita yg tidak benar.
jangan dok gebang la, ko tunjukkan bukti video kelabu asap tu bukan lakonan beruk2 umno
Anon 2037, percayalah kpd kebenaran apabila bukti sudah ada didepan mata. Jgnlah terlalu taksub kpd penipuan dan fitnah. Semoga engko mendpt hidayah
Haha..dasar umno.menjadikan papagomo sbg waliok pembawa kebenaran & juga kitab kotor utusan sbg punca maklumat.
Yg mengaku dlm video tu aku bkn deepak..ko byak songeh ckp bkn aku.mana bukti ko bkn aku dlm video tu sbb video tu kelabu asap..cakap mana bukti itu bkn aku?? MANA KAU TAU ITU BUKAN AKU SBB VIDEO TU GAMBAR GELAP???
Haha anon 2012 tu sah2 SB....cukup cukuplah buat kerja hina ni... pergilah risik dan tangkap penjenayah yang banyak berkeliaran tu...
pencacai umno/bn tak payahlah merapu di ruangan paspb ini...buang masa.Seluruh malaysia sudah tahu umno/bn serta pencacainya tak akan menerima hakikat kebenaran..yang korang tahu..kuasa..kuasa..wang...wang. Ini jenis manusia tak bermaruah.Negara kita demokrasi..kita mesti menerima hakikat ini beb....
wahai ajen umno ada komen sini..kami xpercaya kat umno sejak 25 thn dulu lg..skrg dah peringkat meluat dan dendam dr kami, bnyknya umno menderakan dan menyusahkan rakyat
Berat Nanang Gok lagu ni. X ckp nk jawab r.. Saman je.. Klau betul.. Kih.kih.kih.. Tngu ape lg Bukti dh ada.. Insaflah...
kontrak rosmah 26 billion la..cincin rosmah puluh2 juta la..
hilang sudah simpati aku kat perjuangan pas..
Dato' Harun Din pesan..fitnah tu lebih hina dari berzina dengan mak sendiri..tapi tu lah, pasal nak sangat putrajaya yang nak dilelong pas dolu..cara busuk ni dah jadi makanan ahli pas termasuklah paspb..
pas dalam era Asri Muda bukan pas yg aku kenali hari ni..pas masa berkawan dengan Semangat 46 dulu pun pemimpin2nya penuh dengan kualiti ..
Berbeza sungguh baru pas dah syok dok sekandang dengan pkr dan dap..dosa pahala pas baru ni dah tolak ketepi..
tobat la paspb oi..tapi kalau rasa berzina dengan mak sendiri tu sedap..hangpa tanggung la..cuma nak pesan kat paspb, disiplin islam bukan begini..
Crite zaman Pas dlu xpyh nk ulas r. Ulas r Crite ni Bro.. Xnk tngk keBENARan ke....
Post a Comment