Monday, December 17, 2012

SIAPA AKAN TERKORBAN?!!! Deepak, Najib dan UMNO



Kenyataan terbuka Deepak Jaikishan yang dibuat secara berasingan dengan tiga media alternatif, sarat dengan implikasi besar dan perhitungan strategik.
Ia dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno di mana Najib berucap merasmikannya. Kenyataan Deepak sepenuhnya tertuju kepada Najib .
Deepak mengaitkan keluarga Perdana Menteri secara langsung dan tidak langsung dengan isu pembunuhan Altantuya — sehingga bagi insan waras — Najib sudah dalam kandang tersangka sebagai terbabit dalam apa jua cara.
Najib harus mengambil langkah memberikan penjelasan  sepenuhnya. Jika tidak, selain dirinya, Umno adalah pihak yang akan terkesan. Sedangkan pilihanraya sangat hampir. Najib tidak boleh lagi berdiam diri atas falsafah “diam itu emas”.
Kenyataan Deepak sangat serius kesannya:
1. “Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.”
“Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala.”
2. “Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti.”
3. “Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.”
4. “Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.”
5. “Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga kes Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.”
Setiap satu dari kenyataan ini adalah ekplosif. Semuanya dengan jelas tertuju kepada isu pembunuhan Altantuya dan PM dan  keluarganya dengan beraninya dilibatkan.
Bagaimana Najib akan menerajui Umno/BN menghadapi pilihanraya paling genting dengan isu peribadi membelit dirinya?
Adakah Umno sanggup mempertahankan Presiden mereka jika mereka sedar survival Umno ditambah beban oleh isu peribadi Presiden partinya, ketika Umno sendiri tercungap-cungap keletihan?
Semua perkembangan, termasuk isu Scorpene yang semakin membarah dan kenyataan akuan bersumpah Bala yang terus hidup, menunjuk kepada terbebannya Umno dengan isu peribadi Najib .
Umno mempunyai pilihan.
Melepaskan Najib sebelum pilihanraya mungkin menaikkan sedikit harapan Umno untuk meneruskan survival — di atas premis PM baru akan sentiasa membawa harapan baru.
Saya yakin, Deepak tidak berani membuat kenyataan jika beliau tidak mendapat apa-apa jaminan oleh sesiapa. Bermakna, ada pihak dalaman menggerakkan tindakan Deepak.
Deepak bukan ahli politik tetapi kenyataannya  dibuat menjelang Perhimpunan Agung Umno — menampakkan pertimbangan politik telah diambil kira.
Najib ternyata sudah begitu lemah dan hayat politiknya kini bergantung kepada ihsan rakan separtinya tidak mengambil apa-apa langkah susulan. Satu kenyataan oleh Mahathir Mohamad atau Muhyiddin Yassin cukup untuk menamatkan hayat politik Najib sebelum PRU 13.
Malaysia tentunya sangat malang mempunyai PM selemah itu dan terbelit dengan isu sekejam itu.
Malaysia tidak akan terasa aman selagi Perdana Menterinya tidak dibersihkan dengan isu pembunuhan Altantuya oleh satu badan bebas.
Najib  yang benar-benar tidak bersalah harus mengizinkan pihak ketiga yang bebas menyiasat isu ini secara menyeluruh.
Jika tidak, kenyataan Deepak dan Bala adalah benar dan kita juga dalam bahaya!
* Husam Musa adalah Naib Presiden PAS

1 comment:

insafdoh67 said...

sape berani taruh... hadiah katak goreng.... kita pakat tengok sape yang kena... guane gamok cai.. kih.kih.kih..