Friday, December 21, 2012

TEKANAN DALAMAN!!! Najib terdesak mungkin umum PRU 13 sebelum Tahun Baru Cina


Dato Najib menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina.  Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian. 

Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN.
 
Najib mungkin terlalu terdesak dengan tekanan dalaman yang mahu beliau berundur sebelum PRU 13 berikutan pendedahan Deepak mengenai akuan bersumpah Bala berkenaan kes bunuh Altantuya.

Keadaan ini ditambah dengan kenyataan 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM sebelum PRU13 seperti yang terpapar pada poster di atas akan menjadi kenyataan..

Hari ini dilaporkan Muhyiddin telah memberikan arahan kepada Media Tunggangan UMNO, arahan ini biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu.
Ini laporannya..

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengarahkan media Umno agar membuat promosi kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Arahan yang biasanya dikeluarkan oleh seorang Perdana Menteri atau orang nombor satu ini dibuat dalam pertemuan beliau dengan para editor kanan Kumpulan Media Prima baru-baru ini.

Media di bawah kumpulan Media Prima adalah TV3, TV7, TV9 serta akhbar NST, Berita Harian dan Harian Metro.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam lawatan ke luar negara termasuk Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India di New Delhi selama dua hari bermula semalam.

"Biasanya arahan sebegini keluar dari orang nombor satu atau PM kerana ia melibatkan halatuju laporan media di bawah kawalan kerajaan dan Umno," kata sumber kepada Harakahdaily.

Arahan ini dikeluarkan ketika kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak rating Umno, BN dan kerajaan jatuh menjunam walaupun rating Perdana Menteri ketika itu masih bertahan.

Arahan ini dikeluarkan ketikan berita angin semakin kencang akan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara awal tahun depan.

Seorang pemerhati politik dari Dubai dalam satu pesanan ringkasnya kepada Harakahdaily berkata, beliau mendapat maklumat akan berlaku peralihan kuasa tampuk kerajaan awal tahun ini.

Ketika ditanya, dari manakah sumber itu, beliau menjawab, "Pirates of Putrajaya."

Kesemua 'berita angin' ini sampai kepada Harakahdaily ketika tekanan semakin hebat terhadap pimpinan utama kerajaan ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh peniaga permaidani, Deepak Jaikishan. 

Kini, media alternarif, Majlis Peguam dan para peguam serta bekas menteri memberikan tekanan terhadap seorang peguam kanan yang dikatakan terlibat dalam membuat draf akuan bersumpah kedua (SD 2) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala).

Beliau didakwa membuat akuan bersumpah itu tanpa berbincang dengan PI Bala manakala PI Bala pula mendakwa ia dibuat dalam tekanan.

Dalam SD yang pertama, PI Bala mendakwa pemimpin kanan negara terlibat dalam kematian tragis Altantuya Shariibuu manakala dalam SD 2, Bala menafikan sepenuhnya dakwaan dalam SD yang pertama itu ~ Harakahdaily

21 comments:

Anonymous said...

Kenapa harus mengasingkan diri jika kenyataan yg di buat itu betul? Kemudian dinafikan pula oleh lain. Kena la di siasat bg menghilangkan keBUSUKkan Najib.

insafdoh67 said...

Takuuuuuuuuuuut..... Kecuuuuuuuuuut. Jaga lobaaaaaaaang kat sungai buluh.. Jambuuuuuuuuu Ajiiiiiiiiiib Goooooooo. Kih.kih.kih... Sendiri mau ingat r....

madbi said...

Sapa percaya adalah makhluk yang paling bangang didunia....

madbi said...

Sapa percaya adalah makhluk yang paling bangang didunia....

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

TERDESAKNYA PAS ! SAMPAI HINDU CARPET PUN PAS PERCAYA...

Anonymous said...

fitnah akhir zaman si luncai beruk umporno

Anonymous said...

Kes Deepak,orang umno sendiri yang bongkar ..kah..kah..kah

Anonymous said...

kalau kes deepak tu tak betul kenapa najib mendiamkan diri....kalau berani saman la...

Anonymous said...

Apakah najib takut pada deepak...ataupun muhyidin yang takut pada deepak...

Deepak said...

Apa laa bangangnya puak Pas nih !!

Dah tentu penggal pemerintahan BN akan tamat dalam tiga empat bulan lagi,...apa bezanya kalau pilihanraya februari atau mac ??,..atau april sekali pun !

Yang penting bajet 2013 dah lulus dan peruntukan keluar mencurah-curah sepanjang januari dan februari...

Bala said...

Bajet 2013 dah luluskah?...yahuuuuuu
saya dapat br1m, saya punya anak dapat satu worang satu ratus duit sekolah, bini dapat bonus, saya punya anak jantan ada dapat voucher jugak !

ayoyo,..saya rumah pun ada dapat,..saya banyak sukahati!

ayoyo,..hati ada senang,..trimakasih BN !!

insafdoh67 said...

Puok umno semua takut ke deepak.. Tadok teloooooor.. Saman je Deepak.. Ni senyap. .. Takut nk saman. Knpe takut... Memang Buat kerja kotor ni kut.... 3juta Ahli Umno... Mane pergi... Tidor seme ke... Batu bg makan Anjing lg baik... Saman.saman.saman.. Jgn ckp je besar. Berani ke nk saman Depak.. Piraaaaaaah. Ramai saja je Ahli... Kih.kih.kih.....

Deepak said...

insafbodo,

Kalau asyik nak layan fitnah sampai berbulan-bulan turun naik mahkamah, bila Najib nak tumpu pada kerja?

Fitnah tahun 2009, banyaknya sampai tak tersusun....fitnah tahun 2010 pun tak tersusun,...fitnah tahun 2011 lagi banyak tak tersusun,....fitnah 2012 yang tak tersusun, bersusun-susun !!

muahahamuahahaa..

Anonymous said...

Ayoyo....lps PRU semua harga barang naik nak ganti balik apa yg bagi kat org ramai....nga nga lah kita semua.....thank you kerajaan Barang Naik...

Anonymous said...

deepak tepong gomak umno bn

Bala Subramaniam said...

ayoyo,.yoyo,..yoooo!

Kerajaan Pakatan Selangor akan naikkan cukai sampai sepuluh kali ganda !!

ayoyo, kadawale..

Anonymous said...

ayoyo lu sudah mabuk ka tepong gomak umno.xabis2 dgn fitnah dajal

insafdoh67 said...

Tolol depak. Puok mu tolong saman ke ajib r. Bukan suruh najib. Bengong mu. Nk jd cai sgt tak tau nk wat kerja. 3juta tlg saman depak. Bukan suruh najib saman. Mu pakat saman r bodoh. Puok mu takut g mahkahmah.. Takut pecah lobang 3. Dlm court kena ckp betul... Najib Berani ke jawab... Berani kerana Benar.. Sekor tak berani nk saman. Jenis kapung mcm cai ni org panggil Ayam buruk pala... Cakap je Pandai. Puiiiiiiii. Sembang je lebat... Molek doh cai basuh bontot.... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Atitude subsidi dulu kini dan selamanya bangang. UMNO tradisi membangang dan melahirkan generasi melayu penagih subsidi

Anonymous said...

Silap tu . . kamu yg bangang, ada otak letak di kepala lutut. . . patutla pmr pun hampir2 tak pas

Anonymous said...

Lu bodooooooo ! la beb malas nak debate dgn otak bebudak berhingus macam lu.