Friday, December 28, 2012

TU DIA!!! Pelajar diupah RM20 maki peserta Himpunan Oren


KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini.
Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.


“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

11 comments:

Anonymous said...

Ada orang nak percaya ke cerita dongeng ni? Baca je dah tahu dah berita menipu. Naik bas tapi tak tahu ke mana? Dipaksa mwnjerit? Korang ingat ni cerita cerekarama apa?

Anonymous said...

Pelajar turut diberi rokok? Lbh baik ko tulis terus pelajar diberi se tin arak dan baucer melanggan gro, barulah gempak.. Keh! Keh! Berpada-pada lah kalau nak menipu

Anonymous said...

Kejap buat himpunan oren, kejap kuning, kejap hijau. Apa kata korang memajukan diri sendiri tanpa menyalahkan org lain. Barulah rakyat faham perjuangan pakatan

Anonymous said...

Kita takde nak buat perhimpunan utk membantah khalifah guan eng mendesak penggunaan kalimah Allah menggantikan nama tuhan bapa ke? Takkan kita masih nak patuh pada amanat khalifah guan eng ni?

Anonymous said...

beruk umno sekor ni dah meroyan. sejak tak ada deepak@rakab , beruk ni jadi galang ganti kot

Anonymous said...

ya la! cakap pasal khalifah. beruk import dr Arab

Anonymous said...

RM20 je..murahnye maruah..maruah bn.. bebudak tu mangsa keadaan je..kesian jugak kat puak2 bn ni..nk ajak anak2 muda dah tak bleh dah,ajak budak2 sekolah..tak lama lagi nanti penghuni rumah orang2 tua pulak jadi mangsa

Anonymous said...

anon 17:45
hang pelik ka?kak ijat pun tak tau laki dan anak2 dia kerja apa walaupun serumah.nazri tak pa lagi kot kalau tak tau anak dia buat apa dengan alasan tak tidur sekali.tambah la budak sekolah.ada paham ka bro.

Anonymous said...

akhir2 ni kuat puak2 upahan umno duk meroyan dalam blog ni..kesian...cu ambil pengajaran dan fakta2 dari semua berita2 tersiar dalam blog dan web pakatan rakyat...

jgan guna otak lembuNFZ guna otak profesional....

Anonymous said...

jangan guna otak lembuNFZ gunalah otak babi DAP dan otak brother anwar kita....janji puashati..

Pada dol2 pakatan..jangan lupa mai ramai2 ke dataran merdeka & mahkamah tinggi pada 12/1/2013 ni..bro anwar ajak hangpa semua buat demonstrasi lagi..kali ni demonstrasi mega pulak untuk menyelamatkan Samsidar dari dipanggil sebagai saksi kes bro anwar saman nallakarupan pulak..

Pasal hangpa cerdik macam abang anwar selalu dok puji tu, maka hangpa kena la main ramai2..ini perjuangan rakyat..takdak sponsor duit poket rm20 dan rokok sebatang ..keluar duit sendiri pun takpa....pengorbanan untuk saudara anwar dan Samsidar..inilah yg dinamakan perjuangan rakyat ..ermmm..

DDBT



Anonymous said...

beruk umno cakap xtentu arah macam otaknya dk di kepala lutut