Friday, December 14, 2012

UMNO T'GANU TERTEKAN!!! 50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah

Dungun : Presiden PAS, Mohamad Sabu terus menyeru rakyat turun ke Himpunan 1 Juta Umat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan bagi menyatakan tuntutan mereka. Bercakap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran PGU, Paka dekat sini malam ini, Mohamad berkata, pada himpunan tersebut, rakyat akan menuntut pilihan raya dan bersih dan adil.

Tuntutan ini katanya kerana rakyat yakin kerajaan Umno BN mampu ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-13 jika pilihan raya dijalankan secara telus.



"Semua NGO oren, merah, hijau dengan tuntutan masing-masing dan kita gabungkan dengan Bersih untuk menuntut pilihan raya bersih.

"Kita akan nyatakan segala tuntutan dan perhimpunan akan berlangsung aman tanpa gas pemedih mata," katanya.

Mohamad berkata, sewajarnya rakyat berasa marah terhadap sikap kerajaan Umno BN yang menzalimi mereka.

Sebagai contoh katanya, akibat sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang gemar berhutang, kerajaan terpaksa mencari duit melalui syarikat swasta.

"Najib hero buat hutang. Yang dia tahu pagi raya menari.

"Hutang yang begitu banyak anak cucu kitalah yang akan bayar.

"Patutnya kerajaan cari duit tapi dia guna syarikat swasta cari duit.

"Contohnya AES yang dibayar kepada syarikat kroni Umno dan MCA," katanya. -HD

50,000 sertai HKR T’ganu, bukti rakyat berubah

DUNGUN: Kehadiran 50,000 orang rakyat negeri ini pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Terengganu membuktikan mereka mahukan perubahan pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Muhyiddin Abdul Rashid yang dimaklumkan jumlah mereka yang menyertai himpunan seramai itu menyifatkan rakyat bersedia melakukan perubahan nanti.

“Dengan kehadiran seramai ini, ia membuktikan rakyat mahukan perubahan di Terengganu.

PAS Terengganu yakin dan bersedia untuk menumbangkan Umno dan BN,” tegasnya.

Menurutnya, pemimpin Umno negeri kini semakin angkuh dengan rakyat termasuk merampas tanah yang telah diberikan oleh kerajaan PAS negeri sebelum ini.

“Bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk Sekolah Agama Al-Bayan di Paka tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka,” ujarnya.

Beberapa NGO termasuk dari kumpulan pendesak menuntut Royalti, 'R', membentangkan kes mereka kepada orang di perhimpunan ini.

Antara yang awal memberikan ucapan adalah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

Beliau menceritakan kecelaruan yang berlaku dalam Umno sekarang.

Himpunan kali ini adalah yang ke 7 selepas Seremban, Kota Bharu, Batu Pahat, Alor Setar, Melaka dan Pahang.

Esok, himpunan PAS Ganti Umno (PGU) pula akan diadakan di tapak yang sama.

Menurut wartawan Harakahdaily di tapak perhimpunan, kira 50,000 rakyat sudah hadir untuk mendengar amanat pimpinan.

Antara yang berucap wakil anti Lynas, wakil Anak, wakil royalti pusat dan Terengganu, wakil waris, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Datuk Saifuddin Nasution, Eng Chai Heng (DAP Terengganu), Azan Ismail (PKR Terengganu).

Turut akan berucap malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Umno makin angkuh dengan rakyat, bagaimana kerajaan PAS telah lulus tanah untuk sekolah agama al Bayan di Paka, tapi kerajaan Umno telah rampas semula tanah tersebut dan serahkan tanah tersebut kepada JKKK dan isteri mereka.

"Mereka pecahkan kepada 5 lot banglow untuk JKKK, pejabat tanah maklumkan ia diluluskan melalui campur tangan orang Umno," kata Muhyidin dalam ucapannya lagi.

Di Setiu pula, katanya, 100 keluarga petani yang buka tanah sejak 36 tahun lalu seluas 200 ekar telah dirampas oleh Umno dan dijadikan jelapang padi negeri dengan keluasan 1000 ekar.

"Penduduk lansung tidak diberi pampasan hasil usaha mereka yang hampir 40 tahun.

.

kezaliman Umno terserlah," katanya.

Berikut adalah gambar-gambar awal perhimpunan ini.
-HD







10 comments:

Deepak said...

Tinjauan yang dijalankan oleh pusat kajian Merdeka Center di antara 22 Oktober hingga 20 November - kira-kira sebulan selepas pembentangan Bajet 2013, sebelum perhimpunan agung Umno - untuk menilai persepsi pengundi ke atas perkembangan semasa di dalam negara,”

Populariti Najib didapati telah mengalami peningkatan pada ketika pembangkang berusaha memperkecilkan sumbangan Perdana Menteri.

Berasaskan kajian ini, biarpun orang Melayu belum berubah sikap menyokong Najib namun sikap orang Cina dan India semakin berubah kea rah menyenangi dasar-dasar diperkenalkan oleh Najib.

Kenyataan Merdeka Centre menyebut, sebagaimana dijangka, kajian ini mendapati tahap puas hati ke atas Perdana Menteri bertambah baik di kalangan pengundi berusia 30 tahun, meningkat daripada 61 peratus kepada 68 peratus.

Anonymous said...

bubar la parlimen kalu dah rasa meningkat sokongan. kenapa tak bubar2 kalau bukan takut

Anonymous said...

sblm pru12 populariti pak lah 71% pn hilang 5 negeri..ini najib cuma 65% ja..dah bagi macam2 pn naik 1% ja populariti...lpas ni buat tinjauan populariti najib sbg ketua pmbangkang la plak nampak gayanya

Anonymous said...

keh ..keh ..keh!
X leh lawan firasat Tun Daim gak..,
pru12 dulu dia kata umno hancur tumbang kt 5 negeri..,
Pru13 ni umno kan hancur kt smua negeri kcuali tinggai nyawa2 ikan ja kt 3 negeri...,
umno tersentot kecut perut!
Tunggu!

Hamdan Rukun said...

HE! HE! HE!

MACAMANA NAK BUBAR PARLIMEN SEBAB SELANGOR , PENANG DAN KEDAH UGUT TAK NAK BUBAR DUN.

SIAPA YANG TAKUT SEBENARNYA?

KERAJAAN PRIHATIN TAK NAK BUANG DUIT DAN MASA, TUNGGU SAMPAI HABIS EDAHLAH...

insafdoh67 said...

Umno parti tadok telooor.. spai kencing.. berak.. Takut dengar pakatan tak bubar dun... gerpok di khalid je.. wat malu je.....kih.kih.kih....

rakab said...

Najib tak perlu tergesa-gesa nak bubar parlimen sebab nak memastikan transformasi yang dilaksanakan kerajaan pusat benar-benar di rasai oleh rakyat terlebih dahulu.

Deepak said...

pakatan haram tu takut pilihanraya lambat sebab bulan januari nanti banyak peruntukan mencurah keluar...

budak sekolah dapat duit, br1m untuk orang pendapatan rendah/orang bujang, baucher, bonus, berbagai projek dan tender untuk kontraktor dan peniaga,...eh, banyak lagi lah!!

Anonymous said...

rakab ngn luncai takut najib bubar sebab depa lepah ni kna buang ke laut

mat ganja dari sungai derhaka said...

kau semua tengoklah nanti penganut-penganut pas ni bersusun menunggu giliran nak cekau BR1M.

insafbodo kat depan sekali..!