Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Saya telah membuat penjelasan berhubung isu pembalakan di Kedah yang
kononnya telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar, khususnya di
Tasik Pedu.
Perkara sangat penting yang diberitahu ialah setitik pun
kesan air pembalakan tidak masuk ke mana-mana kawasan takungan air di
negeri ini.
Malangnya selepas penjelasan yang dibuat itu, media-media BN terus
memainkan isu tersebut secara besar-besaran, khususnya Utusan Malaysia
dan TV3.
Mereka memulakan tuduhan dengan mendakwa bahawa pembalakan di
kawasan tadahan di Pedu menyebabkan Empangan Pedu dan Empangan Muda
menerima kesan pencemaran yang teruk.
Akhbar penipu itu melaporkan, pencemaran kedua-dua
kawasan itu dijangka bertambah kronik selepas ini memandangkan kerajaan
merancang mewujudkan pusat agropelancongan dengan menanam pokok
buah-buahan di situ.
Lagi akhbar itu (Utusan 20 Disember 2012 halaman 11) memetik satu sumber
yang berkata, “Apabila pokok buah-buahan itu mula ditanam akan berlaku
proses larut resap sisa baja dan racun setiap kali selepas hujan ke
dalam Tasik Pedu yang hanya dipisahkan oleh sebatang jalanraya.
Inilah
cerita sebenar tetapi jika saudara sangsi sejahmana kebenaran, cabar
pihak terbabit dengan syarikat berkenaan membuat sumpah laknat menafikan
penyelewengan ini jika mereka berani.”
Saya ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan itu. Pertama, sumpah laknat
itu bukan dari ajaran Islam tetapi sebuah amalan sesat yang dibawa oleh
pihak tertentu dalam menentukan kebenaran.
Kedua, takkanlah isu
pencemaran air Tasik Pedu pun sampai nak kena bersumpah-sumpah laknat
sedangkan fakta saintifik berasaskan geografi pun sudah cukup untuk
menjelaskannya.
Pembohongan paling besar Utusan ialah pembalakan berlaku di kawasan
hutan tadahan air Empangan Pedu dan Empangan Muda.
Sebenarnya kawasan
terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan
Pedu pada 11 September 1952. Ia terletak di seberang Tasik Pedu yang
dipisahkan dengan jalan TEKIH.
Kawasan hutan terbabit tidak membekalkan
walau setitik air pun ke Empangan Pedu dan Empangan Muda selama ini.
Selepas kawasan pembalakan itu menjadi projek agroteknologi nanti, tidak
ada setitik air pun dari kawasan tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu.
Kawasan berbukit yang dimaksudkan itu memang lebih tinggi dari aras
Tasik Pedu tetapi air dari bukit tu tidak boleh melompat terus ke Tasik
Pedu, ia mengalir di lereng bukit dan memasuki anak sungai.
Itu hukum
graviti. Dari anak sungai ia mengalir ke Sungai Pedu. Anak sungai dan
Sungai Pedu tu letaknya jauh lebih rendah dari aras Tasik Pedu.
Terdapat
aliran sungai dan beberapa terowong membuang air Tasik Pedu ke Sungai
Pedu bila air tasik berlebihan.
Andaikata ditakdirkan berlakulah limpahan air dari kawasan projek
agroteknologi memasuki Tasik Pedu maka logiknya seluruh negeri Kedah
akan karam dilanda banjir besar seperti zaman Nabi Noh.
Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan
projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH sejauh 300 meter
yang tidak memungkinkan untuk baja atau racun diserap.
Jangan berani
sumber Utusan itu mencabar sumpah laknat untuk mempertahankan perkara
bohong, kelak hancur badan disambar petir, baru padan muka.
Kelulusan membalak di kompartment terbabit tidak dibuat dengan
sewenang-wenangnya. Kajian dibuat dengan mendalam oleh Jabatan Hutan
sebelum beri kelulusan.
Mustahil pembalakan diluluskan kalau ia membawa
pencemaran terhadap Empangan Pedu dan Muda yang membekalkan air untuk 40
peratus penanam padi dalam negara.
Jabatan Hutan Negeri walaupun terletak di bawah negeri tetapi
pelaksanaannya tertakluk dengan semua akta Pusat. Pegawai hutan semua
Pusat bukan KCS, mereka dibayar gaji oleh Pusat yang diperintah BN.
Kalau semua mereka menyeleweng dan 'mentekedarah' rasuah laporkan saja
pada SPRM yang juga di bawah Pusat! Janganlah mudah sangat menuduh semua
pegawai kerajaan jahil dan jahat belaka, seolah-olah mereka tidak tahu
melaksanakan peraturan dalam pentadbiran.
Isu pembalakan juga dikaitkan dengan cerita banjir lumpur yang melanda
enam buah kampung di Sik pada 2010, untuk disalahkan kepada kerajaan
Pakatan Kedah. Kalau ‘Amanat Haji Hadi’ tahun 1981 pun dibangkitkan
tidak peliklah kalau peristiwa 2010 juga dibangkitkan semula. Isu
tersebut juga telah dijelaskan dua tahun lalu.
Kompartment 73 Hutan
Simpan Rimba Teloi (yang dikaitkan dengan banjir lumpur yang kononnya
berpunca dari pembalakan itu) telah diluluskan untuk pembalakan pada 25
Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada tujuh blok. Tiga
blok telah dikeluarkan lesen menebang pada masa itu.
Khabarnya, salah satu blok dianugerahkan kepada ADUN BN yang menggunakan
syarikat proksi. Semua tauke balak tahu siapa orang kuat Umno Kedah
itu.
Bila berlaku banjir lumpur, dialah jura pembela rakyat. Orang BN
senang lenang makan hasil balak, kerajaan negeri pulak kena tibai.
Laporan Utusan itu menuduh berlaku penyelewengan dalam kontrak balak.
Orang jahat selalu berpandangan jahat terhadap orang lain. Mereka anggap
orang lain semua macam mereka.
Memang menjadi amalan di zaman BN, ahli
politik tidak akan menggunakan nama sendiri dalam perebutan balak. Di
atas kertas hanya nama proksi yang digunakan sebagai pemilik lesen tapi
pihak yang terbabit tahu, ini kawasan si anu si anu.
Setiausaha Politik Menteri Besar dalam blognya pernah mendedahkan,
biasanya apabila surat tawaran kelulusan balak dikeluarkan, pemilik
sebenar ataupun ‘politikus balak’ akan menerima bayaran untuk
bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan di
kawasan itu.
Pemilik atau penama lesen akan dapat bayaran duit lesen
RM50 ribu (biasanya) untuk satu kawasan.
Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan pemilik lesen pun
patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun di
samping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang
bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha tersebut.
Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium
RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja, para ‘politikus
balak’ di zaman BN mengaut keuntungan berjuta ringgit. Hutan
digondolkan lebih parah dari yang berlaku hari ini.
Mujur sebahagian
besar yang digondolkan itu telah ditumbuhi hutan semula atau menjadi
ladang pertanian, jika tidak rakyat berpeluang lihat perbandingan antara
zaman BN dan kini.
Pernah sekitar tahun 90an berpuluh ekar kawasan getah dan pertanian di
kaki Gunung Jerai musnah kerana banjir lumpur yang turun bersama sisa
balak.
Kerugian yang ditanggung rakyat tidak ternilai namun ia tidak
menjadi isu besar pada masa itu kerana yang memerintah ialah BN.
6 comments:
Dh lama x baca utusan meloya ya la kalau baca rasa mcm merelakan fitnah mereka dh la amal sunah pun kurang tambah dgn merelakan dosa besar utusan plk hmmmm baca paper lain lh kalau nak dpt maklumat
Klu tak menipu tak mefitnah tak putar belit...bukan utusanlah namanya....
Dosa pahala belakang kira.. Ni puok setan di kenali.. Kerja Hasut Laga... Kecik kenal doh puok ni.. Utusan..Btn.Kemas.K10. Ni semua Anjing Umno.. Kerja salak je.. Tak kira masa.. Melalak tak kira tempat.. Insaflah... Dok lama doh wei...... Puas doh kena Tipu.....
Sama je
Inilah tanda2 akhir zaman fitnah akan berleluasa dng fb website etc
Utusan ....pemegang rekod kena saman & bayar saman fitnah 1 malaysia....tahniah utusan....teruskan usahamu......
Post a Comment