Saturday, December 1, 2012

WAHAI FATHUL BARI!!! Kenapa tak tunjuk video Ulama Muda UMNO ini dalam Persidangan Agung UMNO





PENYELESAIAN ISU PALESTINE
Berdasarkan pandangan Ustaz Muda UMNO [ILMU];

 JIHAD;

[1] Dukacita, kerana sebenarnya tidak wujud jihad di Palestine. Sebagai individu tidak banyak yg blh dilakukan utk membantu Palestine.



[2] Ini kerana rakyat Palestine tidak mempunyai persenjataan & ketenteraan yg mencukupi utk melawan Yahudi. Jumlah persenjataan & ketenteraan yg mesti ada pada rakyat Palestine hendaklah melebihi separuh daripada kekuatan Yahudi. 

[3] Rakyat Palestine sendiri pun masih belum mempunyai persediaan rohani, apatah lagi persediaan persenjataan.

[4] Islam juga menolak teknik peperangan ala gurila seperti di Palestine yg bergerak tanpa pemimpin seperti yg ditetapkan dalam Al-Quran & As-Sunnah.

[5] Ini terbukti kerana sudah lebih 50 tahun rakyat Palestine melaungkan semangat jihad tapi masih pun belum menang kerana tidak menetapi syarat tersebut.


BOIKOT;

[6] Boikot itu tiada makna. Sebab yg diboikot itu adalah benda2 dihalalkan oleh Islam.

[7] Boikot itu hanyalah satu semangat, angan-angan kosong & khayalan semata, tetapi hakikatnya tidak memberi apa pun kesan kepada Yahudi.

[8] Oleh itu tindakan boikot itu adalah satu kebodohan.


PENYELESAIAN;

[9] Kuatkan aqidah berdasarkan Al-Quran & As-Sunnah.

[10] Rakyat Palestine mestilah berhijrah keluar dari bumi Palestine utk melakukan persediaan di luar demi melawan semula Yahudi.

[11] Itulah cara yg Allah arahkan Rasulullah & sahabat dgn meninggalkan Makkah utk berhijrah ke Madinah.


MAKA OLEH ITU;

[12] Sesiapa shj yg menyeru rakyat Palestine utk berjihad, maka sebenarnya mereka bukan memberi nasihat, tetapi melakukan satu kemusnahan utk rakyat Palestine, bahkan mereka melakukan satu tindakan utk mendajjalkan rakyat Palestine sendiri.


Wallahu'alam

SUMBER: "Majlis Syura ILMU..."

p/s 
- Nilai dgn basyarah hati yg tenang :) 
- Pandangan ini adalah pendirian "Majlis Syura ILMU" ie, Ustaz2 Muda yg berkumpul dan mempertahankan UMNO dan membelasah PAS & beberapa Gerakan Islam lain.

18 comments:

Anonymous said...

Apalah yang budak budak agama yang sewaktu dengan Idris Sulaiman ni dapat dari belajar agama selama ini ya ? Dari mana ya ? Jordan ? Mesir ? atau dari Uganda kut ? Buat penat jelah mak bapak hantar belajar agama dari kecik . Hampeh!!!! Tak da jihad lah nampak nya untuk isu Palestin ? Kah..kah...kah...INI yang dikatakan keberkatan ilmu tarak!!!I

Anonymous said...

Namanya pun ulama budak muda ia itu ulama separuh masak untuk rancangan TV tiga suku.

Itulah bezanya diantara ulama Islam dengan ulama Umno atau ulamak dengan ular dalam semak.

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

SURUHLAH FATHUL BARI SIAR VIDEO DEBAT DIA DENGAN PEMUDA PAS . KAN LEBIH RELEVAN TENGOK 'ULAMAK MUDA 'PAS TERSUNGKUR...

Anonymous said...

Fathul Bari debat ngan pemuda Pas. Tentu la pemuda Pas tersungkur. Tahan ketawa sampai sakit perut

insafdoh67 said...

Satu Ular Mamak. Satu Ulama. Kna pandai pilih. Jgn jd Ulama 3D. Dunia.Duit.Datuk... Kih.kih.kih....

insafdoh67 said...

Ulama Bodek. Ckp je pandai. Cegah x. Insaflah... Kih.kih.kih...

amm said...

surah apa ayat bape dia petik Tuhan kata xde jihad kalo x smpai separuh musuh..mu blaja sirah dop..Tuhan kata wajib berperg kamu memperthankn agama dn ngra kamu..maka antra nya 2 kemuliaan yg kamu dpt..iaitu kemengan ataupun syahid..ak nk kata je pd ustaz2 bodoh ni kalo xde ilmu duk diam lebih afdal..

Old Trafford said...

Ustaz Ni Nak Suh Orang Palestine Keluar g Mana. Berlatih perang di tepi rumah dia??

Ustaz ni tau ke x Sejarah Palestine tu . Palestine tu kan tanah air diorang. Takkan diorang nak tinggal negara diorang camtu je.

Kalau macam tu seronok la penjajah, mai jajah negara. pastu rakyat negara tu dah lemah , pastu suh pindah g tempat lain.

Dia beri hujah nak samakan hijrah rasulluallah dengan situasi palestine rasanya mana sama keadaan tu.

Rasulluah berhijrah sebelum islam berkembang, palestine pulak pertahanankan tanah air diorang.

Adakah Ustat ni agen Israeel, mohon sisatan..hehe





Anonymous said...

terima kasih sangat2 paspb sebab siarkan video ni. video ni mengupas permasalahan di palestin dari sudut berbeza. aku tidak melihat kesalahan dan kesilapan ustaz idris sulaiman melontarkan pandangan berdasarkan al-quran dan sunnah, serta pandangan ulama. bagi mereka yang mencaci dan menghina ustaz idris sulaiman, berhati-hatilah, kerana mungkin cacian dan penghinaan kamu mungkin adalah penentangan terhadap al-quran dan sunnah.

Anonymous said...

ustaz idris sulaimain menerangkan syarat-syarat sebelum jihad, berpandukan sirah nabi dan al-quran. aku melihat penerangan yang diberi sangat jelas. lihatlah dengan hati terbuka. so, apa problemnyer? bertaubatlah paspb kerana cuba memutar belitkan kebenaran.

Anti Munafik said...

Bodoh betul komen umno tanpa nama kat atas nih....

WEI!!!
Kalau kau setuju dengan cakap Idris Sulaiman suruh orang2 Palestin ikut cara Nabi hijrah keluar tanah Palestin dah sapa nak jaga tanah Palestin? Cuba jawab?

Kalau macam tu lagi senang PISSRAHELL nak rampas tanah orang Islam pasal semua keluar pastu takde sapa yg jage.
Lepas tu pulak disebabkan si Idris ni suruh orang Palestin berhijrah keluar lagi suka ria orang yahudi roboh Masjid Al-Aqsa pasai tade org yg nak jaga.

Dey, pikir la betul-betul.
Orang2 umno tak habih2 bodoh daripada ulama alamak umno macam geng patul bari sampai komen pencacai lembu macam ALahaI yG Lancau dan komen tak berani letak nama

Anonymous said...

beruk umno le tu

SHAFF said...

Kalau gitu ....kalau israel serang Negara Arab tu seme....dah tentu la seme Negara Arab tu kena keluar....pasal tak de yg menyamai kekuatan persenjataan Israel....gitu ke ustaz?

SHAFF said...

Kalau gitu ....kalau israel serang Negara Arab tu seme....dah tentu la seme Negara Arab tu kena keluar....pasal tak de yg menyamai kekuatan persenjataan Israel....gitu ke ustaz?

Anonymous said...

jgn gelap kan hati,ulama pn buat silap,kita sama-sama manusia,sama melayu,sama muslim,salinglah nasihat menasihati,doakan kebaikan..
http://m.youtube.com/watch?v=muDRAKPExJA
jangan sampai pemimpin yg kita angkat tu bukan daripada ahlinya..jauhi kebencian

Anonymous said...

Bila ulamak muda umno tiada hikmah (akal), mereka tak boleh beza antara ucapan jujur dan dusta, sifat mulia dan keji, perbuatan baik dan jahat serta pendirian hak dan batil.

Perjuangan mereka cuma nak menegakkan perut serta anunya.

Anonymous said...

Biasala..dah nama pun umno...

Ni antara ustaz umngok : ustaz fathul bari, ustaz sulaiman idris, ustaz mat malaya...3 ekor mangkuk hayun ni suka bg ceramah melalut tanpa fakta..sesat!!!

Grand Marquis said...

Saya lihat ramai yang dipengaruhi sentimen sehingga gagal berfikir secara waras. Sentimen palestin ni memang satu sentimen yang sensitif. Tapi pernah kah kita tanya, kenapa selepas 50 tahun, keadaan di Palestin ini menjadi bertambah buruk? Tanah di Palestin lebih banyak menjadi milik Israel? Kalau penyelesaian umat Palestin ini semudah melaungkan Jihad, mengapakan kita lihat keadaan di Palestin menjadi bertambah buruk?

Bagi saya, ustaz ini memberikan pandangan alternatif untuk kita fikir. Apakah benar kegagalan kita di Palestin kerana kita hanya pandai melaung jihad tanpa melihat sama ada kita sudah bersedia mahupun sudah ada kekuatan? Dan kalau dah tau diri tak de persediaan dan tak de kekuatan, apakah tindakan kita? Hijrah itu adalah satu alternatif, mungkin ada alternatif yang lain. Tapi tak perlulah kita tergesa-gesa mengutuk orang yang memberikan pandangan mereka berdasarkan ilmunya.

Memang mudah bagi seseorang itu mengikut arus perdana. Kalau kita laung Allah hu Akbar, mari jihad di Palestin, nescaya arus perdana akan bersorak dan bertepuk tangan. Tapi setakat itu aje lah. Keadaan di Palestin pun tak berubah, malah bertambah buruk. Yang jerit Jihad tu seronok sebab dapat tepukkan gemuruh kerana mengikut arus perdana. Tapi adakah orang yang melaung itu menyelesaikan apa-apa masalah?

Pasal boikot tu, terpulanglah. Cuma jangan terlalu galak suruh orang boikot, tapi last-last kena tangkap gambar makan di tempat yang dia suruh orang boikot tu. Lakukanlah sesuatu dengan kadarnya.