Umpama
pepatah, lebih sudu dari kuah, begitulah jawapan paling tepat bagi
menggambarkan kuasa eksekutif negara terletak bukan di tangan yang
sepatutnya.
Kerana terlalu menonjol melebihi isterinya, Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Isteri
Najib itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan
buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan
kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri perdana menteri itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri perdana menteri sebelum ini.
“Tidak
ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada
Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.
Jelas
daripada kenyataan jujur Mahathir membuktikan Rosmah sebenarnya
membayangi Najib hampir dari segala sudut termasuk mencampuri
urusan pentadbiran negara.
Malah,
desas desus mengatakan calon pilihanraya umum akan datang juga
ditentukan Rosmah tanpa perlu mendapat kelulusan Najib ,
dipercayai mengelakkan unsur sabotaj selain hanya kroni rapat sahaja
yang dibariskan kali ini.
Tidak
hairanlah teks ucapan Rosmah sanggup dibaca ketua menteri Melaka, Ali
Rustam mewakilinya dalam satu majlis khas bekas wakil rakyat BN
(Mubarak) semalam, semata-mata mahu membodek Rosmah.
Rosmah
kini dikatakan tertekan berikutan pendedahan demi pendedahan bekas
rakan karib perniagaannya, Deepak Jaikishan mengenai konspirasi
pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu melalui akuan bersumpah
yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
Difahamkan,
Mahathir mengarahkan Deepak membongkar kesemuanya satu demi satu
sehingga pilihanraya umum yang dijangka Mac tahun depan bagi memberi
tekanan berterusan terhadap Najib dan Rosmah yang kini
dianggap gagal mempertahankan kekuasaan Umno dan Barisan Nasional (BN)
sebagaimana yang dijanjikan.
Deepak
dijangka mendedahkan segala-galanya dalam sebuah buku yang akan
diterbitkan khas untuk menjawab segala teka-teki walaupun Rosmah turut
berbuat demikian menerusi pelancaran biografi yang bakal diadakan tahun
depan.
Penganalisis
politik meramalkan Rosmah akan gagal menjawab skandal yang membelenggu
dirinya yang bakal mengheret isterinya Najib ke lembah politik
paling hina dalam sejarah negara.
JALAN PULANG
4 comments:
Jadi isteri PM kena la menonjol...dalam banyak2 isteri PM.dia la yang terbaik sekali...
Menonjol dan Tertonjol... Hidup Melayu... kih.kih.kih...
Keluarga najib d heret bersama utk lakukan kejahatan
Org2 tua2 kata lelaki ni mcm besi kalu dok diam berkarat tp pompuan mcm emas kena simpan elok2 jgn menonjol sgt...bahaya.
Post a Comment