Thursday, January 10, 2013

8 PERKARA AJAIB DUNIA!!! Jika Tabung Memali diseleweng tapi polis tak ambil tindakan...

Penjelasan isu 'penyelewengan' Tabung Memali


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Antara perkara yang membosankan dalam menjelaskan isu yang dibangkitkan BN ialah, terpaksa menjawab perkara yang sama berulang kali. 
Baru-baru ini Ketua Pemuda BN Kedah Badrul Hisham Hashim bersama gerombolannya menghantar ‘sijil penghargaan’ sebagai menyindir Menteri Besar, Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan Razak kerana kononnya defisit Bajet 2013 adalah yang paling tinggi di Malaysia.

Terpaksa jelas berkali-kali…

Dalam Bajet Kedah 2013 mensasarkan perbelanjaan RM1.1 billion tetapi jangkaan hasil sebanyak RM640 juta. Maka Ketua Pemuda BN itu mendakwa defisit sebagai RM460 juta. Perkara yang sama dibangkitkan oleh ADUN BN Kuah Dato’ Ir. Nawawi Ahmad sewaktu Sidang DUN tempohari. Exco Kerajaan Negeri Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa RM460 juta bukan defisit kerana hasilnya diperolehi dari akaun berasingan, kebanyakan hasilnya dari geran Pusat.

Kaedah yang sama diguna dalam laporan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah. Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta. Tidaklah bermakna defisit RM643 juta.

Sepatutnya apabila perkara itu sudah dijelaskan, ia tak sepatutnya dibangkitkan semula. Apakan daya itulah ‘standard’ pembangkang yang ada di Kedah.


Begitu jugalah dalam isu Madrasah Salihiah, dakwaan kemelesetan pelaburan, pembalakan, ladang rakyat, rebat air UUM, Kolej Universiti Insaniah dan bermacam lagi – semua perkara yang dijelaskan dengan terperinci oleh kerajaan negeri sehingga mereka faham, kemudian dibangkitkan semula oleh individu lain dalam kelompok mereka juga seolah-olah mereka tak diterangkan apa-apa sebelum ini. Teruk sungguh pengetahuan am mereka!

Kini muncul pula isu Tabung Memali yang pernah berbangkit setahun lalu apabila seorang bekas pahlawan yang berperang di Afghanistan mendakwa kononnya berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali. Beliau menulis sebuah buku mendedahkan apa yang disifatkannya penyelewengan itu. 
Saya pernah menulis menjelaskan isu itu setahun lalu, tetapi apabila orang Melayu yang mudah lupa ini tidak mengingatinya lagi, maka media propaganda BN membangkitkannya semula seolah-olah ia tidak pernah diberi penjelasan.

Media-media talibarut BN ghairah membangkitkan isu tabung Memali kerana sedar bahawa ramai pemimpin PAS yang terlibat dalam kepimpinan PAS Kedah sewaktu peristiwa berdarah Memali dan sejurus selepasnya telah pergi untuk selamanya. 
Mereka tidak mungkin bangun membela diri untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Antaranya Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Azahari Razak, Ustaz Abd Wahab Sulaiman, Cikgu Mustafa Long, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Ustaz Suhaimi Ahmad dan ramai lagi.
Fitnah oleh media talibarut BN ini dipanjangkan ke medan maya.

Ulamak-ulamak muda Umno seperti Fathul Bari serta rakan-rakan seangkatannya barangkali sewaktu peristiwa itu berlaku masih pakai pampers.  
Sebahagian ahli Umno yang belum melihat dunia sewaktu berlakunya peristiwa Memali turut memanjang fitnah isu tabung Memali dalam platform maya mereka. 
Mereka sama sekali tidak tahu bahawa peristiwa Memali adalah simbol kezaliman BN, menjadi ‘pembela’ kepada balu-balu dan anak mangsa Memali. Begitu jugalah umumnya generasi muda hari ini, tidak begitu memahami akan peristiwa Memali.

Maka ada baiknya kalau sebelum penjelasan mengenai tabung Memali dibuat, elok gambaran sebenar mengenai peristiwa Memali itu diperjelaskan terlebih dahulu kepada generasi terbaharu hari ini supaya mereka faham bahawa peristiwa berdarah Memali adalah angkara kezaliman Umno.

Peristiwa Berdarah Memali

Peristiwa Berdarah Memali berlaku pada 19 November 1985 di sebuah perkampungan bernama Mali, Mukim Siong, Baling. 
Pertukaran nama Mali ke Memali dibuat oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Musa Hitam dan nama itu terus popular hingga ke hari ini.

Peristiwa itu berlaku bermula dari tindakan nekad pihak polis dan Kementeria Dalam Negeri untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ceramah-ceramahnya yang dianggap menggugat keselamatan (menggugat ‘keselamatan’ politik BN?). 
Ustaz Ibrahim enggan menyerah diri dan bertegas jika pihak polis mahu mengambilnya maka ambillah mayatnya sahaja.

Musa Hitam telah menghantar satu ketumbukan polis yang luar biasa kekuatan dan jumlahnya untuk menangkap Ustaz Ibrahim. 
Berlakulah apa yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai “massacre” atau pembunuhan beramai-ramai terhadap Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Memali. 14 orang kampung mati diserang, manakala empat anggota polis terbunuh.

Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, manakala Ustaz Ibrahim adalah seorang aktivis PAS maka apa yang dilakukan oleh Musa Hitam itu adalah tindakan politik untuk menyekat kemaraan politik PAS. 
Kerajaan mempunyai 1001 langkah untuk menangkap Ustaz Ibrahim tanpa melalui pertumpahan darah tetapi mereka sengaja memilih tindakan yang ganas dan rakus terhadap orang kampung yang lemah.

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia itu lebih zalim dari isu kematian Teoh Beng Hock, tetapi oleh kerana pada itu pembangkang tidak mempunyai kekuatan maka mangsa kezaliman Memali dan PAS dibuli semahu-mahunya oleh kerajaan Malaysia dan jentera propaganda mereka. 
Pihak yang terbabit dicop sebagai penjenayah, Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dituduh sebagai pengamal ajaran sesat, ilmu kebal dan sebagainya. 
Ekoran serangan berterusan oleh jentera propaganda BN dan saluran media kedua belum wujud di Malaysia, maka imej PAS menjadi buruk. Akibatnya pada pilihanraya umum 1986, PAS hanya menang satu kerusi di Parlimen Pengkalan Chepa.

Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. 
Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.

Tabung Memali

Ekoran peristiwa itulah Tabung Mangsa Memali ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim dan juga mangsa peristiwa Memali yang masih hidup, ditahan ISA, sakit, terlantar dan sebagainya. Ia dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah. Setiap sen wang derma disalurkan kepada yang layak dan berhak menerima.

Jika hari ini ada pihak memberitahu bahawa haram hukumnya memakan wang anak yatim, maka ketahuilah bahawa para pemimpin PAS Kedah pada masa itu; bermula dari Ustaz Fadzil Noor yang mengaji di Universiti Al-Azhar hinggalah kepada Aris Awang yang belajar di sekolah Cina pun lebih tahu bahawa haram juga mengambil harta orang lain yang bukan haknya. 
Mereka lebih tahu bahawa satu sen rezeki haram yang menumbuhkan daging di jasad kita, maka api neraka adalah lebih layak untuknya.

Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. 
Sampai ke satu peringkat di mana anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh dan para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru; maka Ustaz Fadzil Noor mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut.

Dakwaan berlaku penyelewengan tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih ada. Laporan polis dibuat. 
Siasatan dibuat oleh unit yang paling professional dikatakan dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa sepicing pun penyelewengan. 
Soalan cepu emas yang mesti dijawab oleh semua; Adakah pihak polis dari kerajaan BN akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan jika ada (terutamanya kewangan) dalam PAS tanpa diambil tindakan atau pendakwaan? Jika polis Malaysia buat begitu ia termasuk dalam lapan benda ajaib di dunia.

Cukuplah itu sebagai jawapan kepada pihak BN yang membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam tabung Memali. 
Walaupun jawapan yang terperinci ada tapi ia tidak semesti perlu didedahkan. Macam seseorang dituduh tidak bersunat. 
Bukti yang nyata untuk menolak fitnah itu ialah dengan menyelak kain biar semua orang tengok. Tapi orang yang cerdik tidak perlu buat sampai ke situ.

2 comments:

Anonymous said...

Ameno mudah lupa. Dah nyanyok.... Hehehe

Anonymous said...

Tabung memali sebok dibincangkan tapi kes mahkamah mengapa sepi membisu