Kurang 24
jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, rupanya khabar dari seberang tambak
seakan menambah semangat peserta himpunan!
Bukan
setakat pakar poltik mengesahkan, malah hasil kajian pakar ekonomi
turut senada seirama meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan
tumbang kali ini.
Ini
disahkan sendiri ketua ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin
yang disiarkan di akhbar berbahasa Inggeris berpengaruh di Singapura, The Straits Times hari ini, dalam edisi cetak dan dalam taliannya.
Azrul
menambah, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati
BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam
pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140
kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun,
dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang
antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari
segi ekonomi sesebuah negara.
Hasil kajiannya dibentangkan dalam satu forum kewangan serantau yang diadakan semalam di republik itu dan disiarkan The Straits Times hari ini.
Ia
mengambil kira corak demografi dan pendapatan penduduk sesebuah kerusi
parlimen dan dibandingkan dengan data-data ekonomi semasa yang disemak
setiap bulan sebagai rujukan, malah Bank Negara turut menganalisis data
ekonomi negara dan bank komersil akan membandingkannya dengan data
mereka.
Dari
segi reaksi warga perniagaan yang selama ini memihak BN, beliau berkata
ia sesuatu yang lumrah untuk menerima sebuah kerajaan baru dengan dasar
serta polisi kewangan baru dan tidak timbul isu sabotaj terhadap
kerajaan baru walaupun dikhabarkan hutang luar Malaysia kini mencecah
RM502 bilion tahun lalu.
Manakala
dari sudut pasaran saham, beliau menjangka akan ada perubahan positif
terhadap urusniaga yang indeks utama Bursa Malaysia, FBM-KLCI kini
berlegar antara 1650 ke 1700 mata sejak sebulan lalu.
Beliau
menjangka aliran modal masuk ke Malaysia akan bertambah selepas
pilihanraya umum yang akan dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kadarnya
perlahan.
BN
kini berusaha keras memenangi pilihanraya umum kali ini yang disifatkan
paling getir dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan 55 tahu
lalu dari British.
JALAN PULANG
5 comments:
BERITA HANGIT UNTUK PARTI MEREPUT KARAT BIRU UMNO-APCO SEKUTU ZIONIS ! ABU !
ABU!
Tumbangkan saja parti yang telah busuk sampai ke usus.
Rakyat mahukan perubahan.
jaga la negara kamu sendiri wahai rakyat singapura.jangan dok jaja fitnah untuk burukkan negara ini.negara ku////
Post a Comment