Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan.
Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.
Puspahanas yang terbengkalai seakan-akan serupa dengan skandal awal melanda Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila keluarga beliau dituduh menggunakan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk pelaburan peribadi dan bukannya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Tiada papan tanda jalan di Putrajaya bagi projek itu, yang syarikat pembangunan beliau Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005 di atas pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan wang sebanyak RM27 juta.
Misteri lain adalah bagaimana BHB boleh membeli tanah Bukit Raja oleh kerana kerajaan telah ditetapkan tanah itu tidak boleh dijual oleh Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas.
Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita Umno Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik.
Pendedahan Deepak sebelum saman sivil, yang didengar pada masa sama dengan perhimpunan agung Umno tahunan lalu, kemudian membawa kepada penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada unit BHB dengan harga RM30 juta.
Satu lagi pandangan bakal tapak. |
Astacanggih juga mencadangkan untuk membeli tanah Raja Ropiaah dengan RM130 juta, walaupun perjanjian itu tidak boleh dijamin sebelum ini berikutan sekatan daripada kerajaan, yang masih belum menerima kemudahan Puspahanas.
BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283,28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti.
Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad enggan mengulas semalam mengenai projek itu dengan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai projek yang pertama kali diilhamkan pada tahun 1971 itu.
Pada majlis pecah tanah pada tahun 2008, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, ia juga akan menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.
“Menyedari hakikat ini, kita menubuhkan Puspahanas dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara,” katanya semasa majlis pecah projek tersebut di Presint 1 disini seperti dilaporkan oleh agensi berita negara, Bernama.
Tempat di mana Puspahanas akan di bina adalah tempat letak kereta di Presint 1, Putrajaya |
Projek itu sepatutnya siap pada tahun 2011 dan juga menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).
Terdahulu pada tahun 2006, timbalan pengerusi kebangsaan DAP pada ketika itu dan ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut di tapak asal Templer Park.
“Janganlah kita dengan mudah memindahkan projek dari berhampiran Taman Templer, Rawang ke Putrajaya. Dengan berbuat demikian bermakna membatalkan perjanjian itu dan implikasi yang dahsyat, “ katanya dalam satu kenyataan pada ketika itu.
Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan.
Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan.
Dr Tan berkata bahawa pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.
Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002.
Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya. Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah ~ The Malaysian Insider
15 comments:
Rakyat tak perlu risau. Apa yg kerajaan umno/bn janji, InsyaAllah akan dilaksanakan. Kerajaan umno/bn begitu prihatin diatas kesusahan rakyat. Mereka akan sedaya upaya perbaiki kelemahan dan menambah mutu perkhidmatan.
Tapi sekiranya pas yg memerintah, malaysia akan terkeluar dari OIC krn malaysia akan ditukar dari negara Islam ke negara kebajikan, sbb ust hadi mengatakan negara Islam tiada dlm alQuran. Syiar Islam akan terpinggir, dan syiar syiah, kristian, pleuralisme dan liberisme akan berkembang. Jadi umat Islam di malaysia sekelian, buatlah pilihan dgn bijak.
cukup cukuplah umno memerintah setakat ini.setelah umno menjadi pembangkang nanti kita tunggu aje depan penjara berapa ramai jerung jerung perasuah umno yg akan di sumbatkan ke penjara kerana mentedarah duit raakyat dan korupsi
Malaysia ialah negara Islam contoh yg terkenal di dunia. malaysia aktif menghulurkan bantuan kpd negara2 Islam yg lain. Syiar Islam berkembang luas di malaysia tanpa halangan dibawah krjn umno/bn
Korupsi yg mcm tok guru kasi tanah dkt kroni dap tu ke? Kesian rakyat kelantan..
Masih menunggu respond dari tok guru berkenaan penganugerahan tanah kpd kroni dap. Ayuh tok guru, rakyat sedang menunggu..
anak orang disusukan,anak sendiri kelaparan.bodoh punya kerajaan
malaysia terkenal sebagai satu-satunya "negara Islam" yang memiliki kilang arak dan kasino terbesar...negara Islam lain takde...
Kilang arak terbesar yg dkt negeri pakatan tu ke? Jgn lupa patung buddha terbesar dkt kelantan jugak.. He.. He..
Tuduh menuduh amalan amngok
Ya,tokey besar kilang arak tu org umngok
pakatan rakyat baru sepenggal tadbir selangor dah bagi air free kat rakyatnya...kalau tadbir negara tak tau laa apa lagi yang free...umno dulu apa bagi??? rembat duit lagi ada laaa...rebat HP rm200 untuk mahasiswa?? juborr abah ko najib kalau bagi keje ok laa jugak
Tak habis lagi bro. Pakatan kasi kristian guna kalimah Allah dlm bible dan kasi peluang org Islam murtad. Aku rasa kalau pakatan memerintah, mungkin rakyat malaysia dpt bible free.
Halleloyah!!
Sape rasmi kilang arak kat selangor nii.. Memang setan laknatullah keturunan puok ni... Anak sape ni jadi tokey kilang Arak miguel... Memang Iblis Anak beranok makan kedarah hasil usaha kilang Arak ni.. Cai. . Tolong jawab sikit... Kih.kih.kih... Cakap je pandai cai... Tunggu ni...
UMNO jual arak. PAS jual agama Islam. Yang mana satu lebih mudarat? Adoii.. umat islam umpama buih!
Post a Comment