PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63,
berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah
juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk
dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.
“Setiap
kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan.
Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan
diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata
bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media
di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua
Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan
Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN,
Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat
Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun,
pemimpin Usno Sabah.
Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi
BN dalam pilihan raya umum.
Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno,
lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu
kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah
yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS)
tumbang.
“Masa
mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia
dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama
telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.
“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita
ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan
hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46160
2 comments:
madey kutti dan gerombolan pengkhianat-pengkhianat wajib di hadapkan kepengadilan ! ABU jamgan lupa !
Macam ni punya kerja...kita nak simpan Mahahir dan UMNO BN lagi???.
Sudah jadi WAJIB untuk kita sebagai warga Malaysia prihatin untuk nyahkan Mahathir, Najib dan UMNO BN dari Putrajaya.
Cukup dan sudah. 50 tahun lebih UMNO BN berkuasa...negara digadaikan sikit demi sedikit kepada warga asing. Rakyat kebanyakan terus dihimpit kemiskinan tapi kalangan elit UMNO menajdi kaya raya luar biasa. Sudah sudahlah untuk membiarkan diri kita diperbodoh dan di nasi kangkangkan oleh pemimpin UMNO BN.
Ayuh kita mampuskan UMNO BN dalam GE 13 ! Ini WAJIB demi negara tercinta.
Post a Comment