KUALA LUMPUR 1 APRIL: Media sosial sejak malam semalam dilihat
memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki
polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin
Umno.
Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk
Tengku Adnan Mansor.
Ia
susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar
Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi
menangani pencerobohan di Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu
itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown,
Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, Ridzwan adalah Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan
Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang, diminta segera menyerah diri di
mana-mana balai polis berhampiran.
Gambar itu nyata bertentangan dengan fitnah yang dilempar pemimpin
Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes pencerobohan
Lahad Datu.
Sebaliknya, ia menjadi gambar kedua yang menunjukkan Najib ‘akrab’
dengan individu yang terlibat dalam kes pencerobohan itu, selepas
pendedahan gambarnya dengan kesultanan Sulu, beberapa minggu lalu.
(FZL)
1 comment:
Nak heran apa.....
Papagomo yang sah perasuah, banduan,pendera isteri dan anak dan PENFITNAH TERSOHOR juga bergambar denagn semua peringkat pemimpin negara termasuk KPN (IGP).
Dalam umno/ bn semua boleh yang tak boleh HUKUM ALLAH kerana hukum Allah tidak membolehkan semua itu
Tokwan Perak
Post a Comment