KUALA LUMPUR 5 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui gagal menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
Pengakuan itu terkandung dalam kenyataan beliau yang disiar beberapa portal berita pagi ini.
Ia khusus berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah hingga berlaku pertumpahan darah dan kematian anggota
keselamatan negara.
“Sebagai
negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan
penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan
pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota
pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh,” kata Najib dipetik.
Sebelum ini, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal
bagaimana pencerobohan di Lahad Datu berlarutan hingga dua minggu tanpa
tindakan serius Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan Perdana
Menteri.
“Adalah tidak masuk akal pencerobohan wilayah di Lahad Datu oleh sekumpulan bersenjata berlarutan selama dua minggu.
“Bagaimana wilayah negara boleh sewenang-wenangnya dicerobohi dan
kenapa hampir dua minggu penceroboh bertapak di Lahad Datu?” soal Azmin.
Semalam, Pakatan Rakyat syorkan supaya sidang meja bulat diadakan
bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan
negara.
Pakatan juga mahu sidang Parlimen khas diadakan berhubung tragedi pencerobohan itu.
Pada 1 Mac lalu, satu pertempuran antara anggota keselamatan dan
penceroboh di Lahad Datu telah berlaku sehingga mengorbankan dua anggota
keselamatan.
Seramai 100 penceroboh dianggar berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu
dan polis menyatakan kumpulan itu juga menyusup ke dua kampung di Kunak
yang terletak di antara Semporna dan Lahad Datu.
Dalam kenyataannya, Najib berkata, tentera Malaysia melakukan serangan pagi ini.
Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu jam 7
pagi tadi hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari
Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan
anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.
Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang
tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian
kumpulan berkenaan.
Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang
membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi
kejadian.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46449
2 comments:
Najib kena letak jawatan skrg!selagi dia masih memegang kerusi PM.Malaysia akan sentiasa "lemah" di mata dunia. Negara luar akan ambil kesempatan atas kelemahan Najib ni. Tolonglah Najib...awak akan diingati dlm sejarah sbg PM yg "menghalalkan semua cara asalkan jawatan PM masih dipegang".Awak adalah pengkhianat negara yg sebenarnya.Kami rakyat tidak akan aman di bawah pemerintahan PM Bodoh Sombong seperti awak.
... agak-agak kome ler ... kalo kite bangkit tidor pagi esok dah ade tenteghe asing kat depan ghomah kite siap ngan senapang ke pistol ke parang panjang ke golok ke tak pun sumpit ke ... ke mana ke halenya kite nak laghi... mana taknya ngkalo sumer askar dan tentera kite dah dihantor ke Lahad Datu nun...
ayah chu
Post a Comment