Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah
menteri yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang
ini.
Paling menonjol adalah MP Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar
yang sebelum ini mengetuai portfolio Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani.
Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Turut digugurkan ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai kementerian kerja raya.
Selain itu, pemindahan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ke Kementerian Pelancongan juga menjadi perhatian memandangkan beliau sebelum ini menjadi menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Jumlah portfolio kementerian kali ini berkurangan apabila Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan semula.
Bagaimanapun, jumlah anggota jemaah menteri kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya.
Paling
ketara adalah penyertaan sebilangan besar pemimpin dari Sabah dan
Sarawak – seramai 13 orang – di jawatan menteri dan timbalan perdana
menteri.
Antara tokoh BN yang menonjol dari blok tersebut ialah MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin juga mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai menteri belia dan sukan dalam kabinet Najib.
Turut menjadi perhatian ialah pemimpin Hindraf P Waythamoorty yang menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga pemimpin pertubuhan pemantau rasuah Transparency International Malaysia (TI-M), Paul Low Seng Kuan.

Najib juga menyenaraikan Ketua Pegawai Operasi Maybank,
Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk mengetuai portfolio Jabatan Perdana
Menteri.
Dalam ucapannya, Najib berharap "kabinet berimbang" dari
wakil golongan berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda itu akan
memberi kelangsungan kepada pentadbirannya.
Beliau juga berharap
pemimpin berkenaan akan menumpukan kebolehan dan kepakaran masing dalam
menangani isu integriti dan rasuah.
"Selain kebolehan mereka, yang muda akan bawa citarasa golongan muda kepada pertimbangan kerajaan.
"Ini
kabinat yang mampu meneruskan dan menjalankan agenda transformasi
nasional di samping meningkat kepercayaan dan keyakinan rakyat,"
katanya.Malaysiakini
5 comments:
MALAYSIA TIMOR MESTI DAPAT LEBIH SIKIT KALO DIBANDING DENGAN MALAYSIA BARAT/MALAYA, FIXED DEPOSIT UNTUK BN.
keisan KIMMa...kena tipu, hindraf juga yang untung
Terlalu banyak makan duit subsidi benih padi dari HMN dan lain2 pengeluar benih padi...poyo la lu....
banyak sangat makan duit subsidi....benih padi
Bedebabbbbbbb.... macam nagka busuk daaaaaa....
Post a Comment