Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim berkata, kejayaan
ini disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri serta berikrar
akan meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa di Parit
Buntar
" Kami juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih dan penghargaan kami terhadap para pengundi semua kaum
kerana telah memberikan kepercayaan kepada PAS di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar.
" Kemenangan PAS Parit Buntar menambah majoriti di Dun Titi Serong dan
Parlimen Parit Buntar bukan hanya disebabkan undi dari kaum Tionghua
tetapi undi dari semua kaum. Malah, majoriti pengundi Melayu masih
memihak kepada PAS di Parit Buntar. "katanya yang ditemui semasa majlis
jamuan kesyukuran sempena kejayaan
PAS Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.
Tuan Haji Harun
juga merakamkan penghargaan jentera pilihanraya PAS Parit Buntar di
semua peringkat yang telah bertungkus lumus dan penuh
komited dalam amanah yang dipikul untuk memastikan kepercayaan pengundi
terus diberi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Ahli
Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Adun Titi Serong
Ust. Abu Bakar Husin serta pimpinan PAS Parit Buntar hadir meraikan
tetamu yang terdiri rakyat semua kaum di majlis berkenaan.
Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman kesal dengan sikap UMNO
yang terus membangkitkan isu perkauman dengan mendakwa kononnya wujud tsunami Cina
sedangkan sebenarnya ia adalah tsunami rakyat Malaysia daripada semua
tiga kaum terbesar di Malaysia.
" Walaupun terdapat pertambahan signifikan pengundi Cina,
terdapat juga pertambahan daripada pengundi Melayu bagi ketiga-tiga kerusi di Parit Buntar.
" Undi Melayu yang diterima oleh calon PAS dan PKR bagi kerusi Parlimen
Parit Buntar, Dun Titi Serong dan Kuala Kurau melebihi undi yang
diterima calon BN. Malah, sebahagian besar Pusat Mengundi majoriti
Melayu dimenangi oleh PAS dan PKR" katanya
Tambahnya,fakta menunjukkan dengan jelas bahawa Pakatan Rakyat menang di
Parit Buntar lantaran meningkatnya sokongan daripada ketiga-tiga
komuniti
kaum.
" PAS meningkat majoriti kemenangan dari 7551 kepada 8476 bagi kerusi
Parlimen Parit Buntar dan meningkatkan majoriti dari 1149 kepada 1794
bagi kerusi Dun Titi Serong
" PKR pula meningkat majoriti lebih besar dari 467 kepada 5014 bagi
kerusi Dun Kuala Kurau. Kenaikan majoriti ini kerana sokongan pengundi
yang lebih besar bagi semua kaum di Parit Buntar" katanya
Ahli Parlimen sedang berucap meraikan tetamu
Ucapan Adun Titi Serong yang baru
Orang ramai yang hadir
2 comments:
dah lamma tunggu laman sesawang ni.. baru hari ni dapat baca
Alhamdulillah
sibuk buat kerja pru 13 , bro. Alhamdulillah menang 3-0 di Parit Buntar
Post a Comment