Naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpuas hati dengan
keputusan pemilihan untuk jawatan tersebut, yang menurutnya berjaya
menonjolkan pemimpin dari tiga kelompok utama dalam parti Islam itu –
ulama, aktivis dan profesional.
Katanya, setiap golongan dalam
PAS kini juga harus berpuas hati kerana telahpun mendapat wakil
masing-masing dalam pemilihan kali ini, dan memfokuskan usaha untuk
menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Jelasnya, beliau
melihat pandangan umum yang menganggap dua lagi naib presiden yang
mengekalkan kedudukan mereka dalam pemilihan kali ini – Salahuddin Ayub
dan Datuk Husam Musa – masing-masing sebagai tokoh aktivis dan tokoh
profesional.
Dua lagi yang calon yang kecundang dalam pemilihan
kali ini ialah Datuk Mahfuz Omar, yang disifatkannya sebagai tokoh
aktivis dan juga tokoh ulama Datuk Abu Bakar Chik.
Tuan Ibrahim
yang menghargai usaha Mahfuz dan Abu Bakar berkata, kedua-dua tokoh
berkenaan perlu terus diberi peranan penting atas sumbangan besar mereka
kepada parti, kata Tuan Ibrahim.
"Mungkin orang lihat Salahuddin
Ayub dan (Datuk) Mahfuz (Omar) ini daripada aktivis parti, Husam
sebagai golongan profesional, dan saya dilihat dalam konteks ulama.
“Perwakilan meletakkan ketiga-tiga itu sebagai posisi penting. Ulama, aktivis dan golongan profesional. Jadi semua ada wakil.
"Tanggungjawab
kita ialah untuk memperkemaskan jentera parti dalam semua sudut untuk
melihat ke depan cabaran besar pilihan raya umum ke-14 dan memantapkan
parti," katanya.
Sementara itu Husam pula melahirkan rasa sedih kerana rakan baiknya, Mahfuz, "tergelincir" dari jawatan tersebut.
"Saya tidak sebaik beliau dalam berucap," kata Husam yang berasa bersalah kerana kemenangannya menyebabkan Mahfuz kecundang.
Bagaimanapun,
Husam tetap memuji para perwakilan yang menurutnya menunjukkan sikap
bahawa PAS semakin relevan di kalangan masyarakat Malaysia.
"Masalah,
perbincangan dan usul dibawa perwakilan beri isyarat positif dalam
perkembangan parti ini," kata Husam ketika menyampaikan ucapan
penggulungannya di muktamar berkenaan.
Sementara itu, Mahfuz
ketika ucapannya menggunakan ruang tersebut untuk meminta maaf atas
kekurangannya semasa beliau berkhidmat sebagai naib presiden dalam
penggal lalu.
"Yang penting bagi saya bukan soal jawatan atau
kedudukan kerana ia ranking dalam parti tetapi yang penting bersama
meneruskan perjuangan di dalam Islam," tegas beliau.
Sementara
itu, Salahuddin yang meraih jumlah undi paling banyak dalam pemilihan
kali ini berharap PAS terus mengamalkan sikap terbuka dan progresif.
Katanya, PAS harus dilihat sebagai parti untuk semua golongan masyarakat pada masa depan.
"Ini
masa untuk PAS bersikap terbuka dan beri peluang pada ahli-ahlinya
untuk buat keputusan demi parti," kata beliau dalam ucapannya.
2 comments:
Assalamualaikum bro ! Tolong linkkan blog aku . http://salatusalatin.blogspot.com/
Terima kasih .
Assalamualaikum .
Tolong linkkan blog saya . nakhodakuale.blogspot.com
Terima kasih !
Post a Comment