Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata bantuan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada pertubuhan itu bagaimanapun tidaklah sebanyak mana berbanding dengan usaha yang dijalankan untuk menarik sokongan golongan Melayu kepada BN.
Syed Hassan berkata demikian bagi menjawab kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Isa Samad yang tidak yakin dengan kemampuan PERKASA untuk mengantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.
Beliau berkata, Isa membuat kenyataan tidak bertanggungjawab apabila menyatakan bahawa PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini.
“Perkasa harap Tan Sri Isa dpt senaraikan jumlah bantuan diberi kpd Perkasa untuk jayakan program selama ini. Berapa banyak? Berjuta-jutakah? Berbilion-bilionkah?,” katanya dalam satu kenyataan.
“Begitu juga dakwaannya bahawa agensi-agensi kerajaan bantu PERKASA. Kami tak nafikan ada agensi seperti MKN, BTN dan JASA bantu PERKASA untuk jayakan beberapa program terpilih yang mana pada PERKASA tidak lebih yg diberi kepada NGO lain termasuk NGO kaum Cina dan India.
“Bantuan seperti pemberian kepada anak kecil itu usahlah diungkit-ungkit.
"Kalau nak banding apa yang PERKAS dah laksanakan untuk menarik sokongan balik Melayu kepada BN, apalah sangat jumlah bantuan yang agensi itu beri,” katanya.Mkini
2 comments:
syukurlah walaupu ckit..drpd cempedak baiklah nangka..
Cakap berdegar2. Rupa2 nya jilat jubok najib untuk dapat bantuan. Basic infra pun tak ada . Nak bela bangsa macam mana. Sebenar nya boss2 dalam perkasa cari makan dan buat duit. Yang bodoh nya pengikut2 di bawah yang di tipu hidup2.
Post a Comment