KUALA LUMPUR 25 DIS: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan
petisyen pilihan raya parlimen Bagan Datoh didengar semula, menggugat
kedudukan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut
pempetisyen pilihan raya, Madhi Hasan, beliau akan memberikan
keterangan dan mendedahkan bukti salah laku pilihan raya yang dilakukan
Zahid.
“Melalui keputusan Mahkamah Persekutuan, kita akan beri bukti kukuh
mengenai kesalahan yang berlaku ketika pilihan raya umum lepas bagi
parlimen Bagan Datoh,” kata Madhi Hasan yang juga Ketua Cabang KEADILAN
Bagan Datoh.
“Terdapat dua isi petisyen. Pertama ialah Zahid menyogok pengundi dengan beras dan wang
“Ia salah mengikut undang-undang (Akta Kesalahan Pilihan Raya) kerana pemberiannya jelas bermotif mendapatkan undi.
“Petisyen kedua ialah perbelanjaan pilihan raya Zahid yang melebihi had yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Zahid membelanjakan lebih RM2 juta ketika berkempen, sedangkan had dibenarkan SPR hanya RM 200,000 sahaja,” kata Madhi kepada Keadilandaily.
12 Jun lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan
video di mana Zahid mengaku memberi wang dan beras kepada pengundi.
Zahid didedahkan melakukan rasuah di Dewan Sanmarka, Jalan Sabak
Bernam, Simpang Empat, Hutan Melintang atas nama Majlis Mesra Rakyat,
yang menyalahi Seksyen 10 (a) (Bahagian III), undang-undang pilihan
raya.
“Banyak perbuatan yang melanggar etika pada pilihan raya yang lalu seperti penipuan, rasuah dan sebagainya.
“Kalau perkara ini tak dibendung, ia memberi kesan buruk kepada sistem pilihan raya di negara kita,”kata Madhi.
Hakim mahkamah pilihan raya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid Isnin lalu
menerima rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 15 Ogos yang
menolak petisyen keatas kerusi Parlimen Bagan Datoh,Perak yang dimenangi
oleh Zahid Hamidi.
Petisyen dibuat Madhi Hasan bersama seorang pengundi, Azmi Sulaiman
akan dibicarakan di Mahkamah pilihan raya Ipoh, namun tarikh perbicaraan
belum ditetapkan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57660
1 comment:
Kesian Zahid lepas ni Mat Sabu pula nak saman tak tidor malam dibuatnya.
Post a Comment