Tuesday, January 21, 2014

JIKA BENAR PUTRAJAYA TIADA KAITAN!!! Sila tunjuk laporan terkini Malaysia yang diberi kepada Jepun

Anwar_BBCKUALA LUMPUR 22 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kandungan yang dikatakan ‘laporan terkini’ Malaysia yang diterima kerajaan Jepun sehingga menyebabkannya dihalang memasuki negara itu.

“Ini berikutan alasan halangan tersebut dibuat berdasarkan satu laporan terkini yang diterima pihak imigrasen negara itu tahun lalu,” kata Anwar dalam satu temubual bersama badan penyiaran antarabangsa British Broadcasting Corporation (BBC) semalam.

“Pengusiran atas dakwaan politik lama pada 1999 tidak berasas. Pegawai tersebut memberitahu, halangan berdasarkan laporan terbaru yang mereka terima tahun lalu.


“Saya memberitahu bahawa saya telah memasuki negara Jepun tahun lalu. Saya tanya dan mahu tahu apa isi kandungan terhadap laporan tersebut.

“Apakah saya terlibat dalam keganasan atau ekstrimis Islam, saya tidak tahu,” kata Anwar, sinis.

Tambahnya, tindakan imigresen Jepun menghalangnya memasuki negara tersebut bagi menghadiri satu forum mempromosikan demokrasi dan keamanan serantau menimbulkan persoalan.

Malah lebih mengejutkan kerana Anwar telah beberapa kali memasuki negara itu sebelum ini tanpa ada apa-apa halangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58457

2 comments:

Anonymous said...

Kan menteri luar dah bagi kenyataan.. tiada laporan pun. Cukup-cukup la pembohongan tu.

Anonymous said...

Kerajaan Jepun sahkan setiap tahu ada laporan dari Malaysia. ko percaya dengan pemimpin umno yang suka bohong