Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.
“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.
Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.
“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin. – mStar Online
KUALA LUMPUR - Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.
Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.
Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. SH
4 comments:
yang penting ialah di mana pesat itu sekarang ...??? kalau jatuh dalam laut, jatuh dimana...? kalau dapat mendarat, mendarat dimana..?
si dungu dr umno x habis2 dgn kemungkinan....
jgn mudah percaya dgn laporan pasal adanya landasan Diego Garcia. polis dari dulu memang suka mereka2 bukti utk menegakkan agenda pemerintah.
Salam, isu MH370 lama kelamaan mengundang persepsi buruk kepada malaysia. Dr laut china selatan , laut andaman kini lautan hindi di perluaskan operasi sampai barat laut australia. Kalau di teliti dr awal radar tentera dan buat keputusan awal mungkin masalah ini dpt di atasi sedikit sebanyak. Pencarian yg terlalu lama di laut china selatan dan sekitar laut andaman memberi masa lebih kepada perampas tersebut menyembunyikan atau melupuskan bukti. Pihak us dah hint ' MH370 mungkin terhempas di lautan hindi' semasa pihak SAR memberi tumpuan ke laut china selatan. Kenapa pihak china yg berkemampuan tidak mengarahkan 10 satelit membuat pencarian di sekitar lautan hindi? Setiap statement dr pentagon harus diambil kira dan klu2nya yg harus di teliti. Mustahil MH370 menghala ke arah india disebabkan teknologi yg ada pd negara tersebut dn dr segi ketenteraan. Jika diteliti krisis dunia semuanya berpunca dr pentadbiran us. Mustahil pentagon tidak mempunyai maklumat radar. Keadaan ini disengajakan dan peluang us untuk melagakan malaysia dengan negara2 lain terutamanya china. Taktik 'air tun back' hanyalah untuk melengahkan pencarian dari MH370 dikesan. Kawasan yg kurang pemantauan radar secara fakta mmg di sekitar selatan lautan hindi. Us dr awal lg telah mengerahkan kapal kelas pemusnah ke lautan tersebut di ikuti pesawat canggih yg mampu memantau sekitar lautan tersebut dgn alasan wayang lapuk ' membantu malaysia dlm operasi SAR'. Teknologi boeing 777 bukan mcm basikal pakai dynamo sangkut pada tayar nk nyalakan lampu. Saiz pun sebesar bagunan. Teknology AWACS 'fly by wire' dgn system autopilot...antara kecanggihan pemanduan boeing. Dr sini 'senario' permainan antarabangsa memang ketara menjadikan malaysia mangsa keadaan dlm isu MH370. Tuduhan ke atas pilot dan co pilot memang menjengkelkan dan tidak berasas sama sekali walaupun aku mmg anti pkr gila2. Tidak mungkin orang yang beragama islam hilang akal mahu membunuh diri. Statement bangang 'pilot membunuh diri'. Kenapa pihak pertahanan tidak meminta rekod radar sekitar lautan hindi secara rasmi dr pentagon.'TAKUT' atau mahu mengelak dr terjadi sesuatu prkara buruk pd malaysia? Pd yg mengikuti dr awal tragedi ini sehingga ke hari ini akan nampak 'foul play' dan MH370 masih belum ditemui. Kita doakan semoga isu ini akan berakhir dgn sebaik2 kesudahan. Amin.......
Post a Comment