KANGAR- Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap
sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama
pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian
penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah
hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.
Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai
tuala dan baju T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas
katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.
Kedua-duanya mengaku tiada ikatan perkahwinan dan dibawa ke Balai Polis Kangar untuk laporan polis. – BH
2 comments:
ikut dalam ROAP... katanya ketua putri Arau/Perlis...
Dan banyak kali berlaku pemimpin Putri Parti XXXX jadi lauk penyedap kaum Adam dalam parti sahaja. Ada kat tempat aku suaminya sampai mati gantung diri kerana malu.
Post a Comment