Friday, March 7, 2014

SEJARAH KEJAM TERANCANG!!! Anwar dihukum 5 tahun penjara sehingga berakhir PRU 14


6.46pm: Balia berkata mahkamah menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.


Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.


6.20pm: Pendakwaraya Shafee berkata laporan perubatan boleh dijadikan “pengurusan selanjutnya” untuk kes tersebut.

Katanya, hukuman adalah ke atas ke atas kesalahan terbabit.


Balia menyoal sekiranya terdapat mitigasi lain.

Karpal menegaskan bahawa pembelaan memerlukan masa untuk menyediakan laporan perubatan.


“Kesemua perkara ini perlu dimasukkan ke dalam rekod. Tiada gunanya menggesa-gesa perbicaraan ini,” katanya.


Balia: "Kami akan memberikan hak anda"


Karpal: Yang Arif, apabila anda mengambil kira hukuman, laporan perubatan itu akan menunjukkan responden dan hukuman yang dikenakan, Apa yang digesa-gesakan?


Balia: Kami tidak tergesa-gesa.


Karpal: Saya tidak dapat mendapatkan arahan dari anak guam saya.


Balia: Anda tidak boleh menjalankan mitigasi?


6.17pm: Persidangan mahkamah bersambung semula. Mitigasi bermula. Peguam Karpal berkata Anwar mengalami sakit belakang, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.

"Saya perlu mengemukakan laporan perubatan berhubung perkara ini dan berharap agar diberikan masa.”


6.01pm: Para pemimpin kanan PKR yang hadir ke mahkamah hari ini termasuk timbalan presiden Azmin Ali, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Batu Tian Chua dan MP Padang Serai N Surendan.

Anwar menghadapi kemungkinan dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun.


5.47pm: Beberapa orang MP terkandas di luar mahkamah dan tidak dibenarkan masuk antaranya MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Lumut Imran Abdul Hamid.

5.39pm: Persidangan mahkamah dijangka bersambung semula pada jam 6.10 petang untuk memutuskan hukuman untuk Anwar.

2 comments:

Anonymous said...

Saya turut simpati dengan keluarga Anwar..namu persoalan dan rasional jawapan kpd persoalan tersebut harap dapat dipertimbang oleh semua.

1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang.
JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge. Unless... Ahha..
2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.
JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.
3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.
JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmat profesional mereka yang cemerlang.
4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.
JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan. Ada faham?
5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.
JAWAB: Yang ini suka hati kau orang la nak cakap. Kau punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya kau tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Kau ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain..

Anonymous said...

Adakah pegawai pendakwa yang tiba tiba tukar kem dari pendakwa ke peguambela juga satu perancangan.?