Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad
Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8
juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari
ini.
Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang
oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa
sebenarnya berlaku ke atas suaminya.
Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata,
secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan
Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang
badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.
Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.
"Saya yakin dia tidak bersalah. Saya perlu tahu kebenarannya," kata
Masiah yang turut hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Surendran berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, selepas
tiga tahun tidak ada seorangpun yang dipertanggungjawabkan di atas
kematian pegawai kastam ini.
"Dia berapa setiap masa di bawah jagaan SPRM. Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang yang mati," katanya.
Serendran menambah sehingga ke hari ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku rasuah.
Ekoran kejadian itu, satu inkues dijalankan pada bulan Disember 2011,
di mana koroner menolak ia satu pembunuhan, salah laku atau bunuh diri
di atas kematian Ahmad Sarbaini yang berumur 56 tahun ketika itu.
Koroner Aizatul Akmal Maharani mendapati pengakuan Ahmad Sarbaini
kepada SPRM pada 4 April bahawa beliau menerima rasuah daripada dua ejen
penghantaran menjejaskan pemikirannya.
Menurut Aizatul, tekanan menyebabkan Ahmad Sarbaini mahu menarik balik
pengakuan bersalah, adalah punca mengapa dia kembali ke pejabat SPRM
pada 6 April.
Oleh itu, koroner berkata kematian beliau adalah kemalangan, sambil
menambah teori dia dibunuh tidak mempunyai sokongan. Koroner kemudiannya
menyeluarkan hukuman "bernasib malang".
Keluarga beliau bagaimanapun menolak penghakiman itu.
Surendran memberitahu pemberita hari ini, adalah tidak masuk akal untuk
mempercayai Ahmad Sarbaini, yang mempunyai kerja yang dihormati dan
keluarga yang perlu dijaga, akan memanjat tingkap dan terjun.
"Dan apabila kemalangan ini berlaku, pihak berkuasa cepat-cepat membuat kenyataan dia cuba membunuh diri.
"Dan rakaman CCTV di pejabat SPRM dipadamkan, jadi semua ini
menimbulkan pelbagai persoalan dan jelas kematiannya disebabkan oleh
SPRM dan kakitangannya," kata Surendran.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di atas gelanggang badminton yang terletak di tingkat satu pejabat SPRM pada 6 April 2011.
Dia antara 62 orang kakitangan kastam yang ditahan SPRM bagi
penyiasatan kes rasuah, yang melibatkan kerugian sehingga RM2.2 bilion
cukai yang tidak diisytiharkan. – 4 April, 2014.
1 comment:
Aizatul Akmal bin Maharani -
Pegawai Khas Kepada YAA Hakim Besar Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia PUTRAJAYA. Gred L44
telah naik pangkat? kpd
Pegawai Khas Kepada YAA Hakim Besar Malaya Mahkamah Persekutuan Malaysia PUTRAJAYA. Memangku Gred L48
pada 15/11/2011
http://www.kehakiman.gov.my/transfer/viewAP.php?lang=&pageno=217
Post a Comment