KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan
20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo
menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya
Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah
mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.
Pada
28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi
sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran
perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di
blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada
keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah
blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam
blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada
21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta
kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah
di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
2 comments:
blogger cucu matkilau boleh mengesahikan individu yang menggunakan nama papagomo
- ahli Gabungan Mamak Penang (GAMPANG)
biar barua pecacai ni rasa apa dia dah buat ! buat kerja haram jadah dengan backing parti haram jadah inlah hadiah di dunia lagi ! ABU !
Post a Comment