Titi Serong : Pendekatan terbaru Lujnah Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar semasa mengadakan ceramah kelompok ternyata memberikan hasil yang memberangsangkan. Tayangan LCD sebelum ceramah diadakan telah menarik lebih ramai pendengar terutamanya pemuda-pemuda yang sebelum ini kurang berminat untuk mendengar ceramah.
Siri ceramah kelompok yang diadakan dalam DUN Titi Serong pada bulan Disember di Parit Tok Ngah Darat, Sungai Betul, Sungai Kota dan Sungai Labu Atas bukan sahaja menarik kehadiran pemuda-pemuda malah ramai pengundi atas pagar dan UMNO.Mereka tidak mahu ketinggalan menyaksikan peristiwa sebenar yang berlaku dalam negara melalui internet seperti himpunan Bersih dan Hindraf.
“ Kami menggunakan kemudahan internet Broadband (internet jalur lebar) yang boleh digunakan dimana-mana sahaja. Jika dahulu pendengar ceramah kelompok adalah pengundi setia PAS, sekarang tidak lagi.” Beritahu Sdr. Khairulzami Mohamad Setiausaha MTD Titi Serong.
Sementara itu, Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar aktif memperbanyakkan siri ceramah kelompok di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau. Sekatan dan halangan polis yang hanya membenarkan dua tempat sahaja boleh diadakan ceramah besar memaksa Lujnah Penerangan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat di sini.
“ Namun ceramah besar tetap kita akan adakan untuk meningkatkan motivasi kepada petugas dan rakyat menentang kerajaan BN yang zalim” Katanya.
PAS Kawasan akan mengadakan dua ceramah besar iaitu pada 21 Disember Ceramah Bersih oleh Tuan Haji Muhamad Sabu di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong dan pada 25 Disember Ceramah Bahaya BN oleh Tuan Haji Mahfuz Omar Dataran Purnama Kg. Kedah.
Menurut Pengerusi Lujnah IT DPP Parit Buntar Sdr. Halim Yahaya, masyarakat di luar bandar perlu diberi pendedahan kemudahan internet ini supaya mereka dapat mengetahui isu-isu politik semasa tanpa bergantung kepada media kerajaan yang hanya memaparkan propaganda BN.
“ Sekiranya semua rakyat tidak lagi bergantung kepada sumber berita dari media kerajaan, barulah BN dapat ditumbangkan”. Jelas Sdr Halim.
Beliau juga berterima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyumbang untuk dana Lajnah IT dalam usaha untuk membeli LCD projektor tersebut yang akan digunakan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment