Tuesday, May 18, 2010
Sarawak mahukan perubahan
SHAH ALAM , 18 Mei : Kemenangan DAP dari Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelmarin memberi isyarat bahawa pengundi di Sibu dan seluruh Sarawak umumnya mahukan satu perubahan.
Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya kecil itu juga menunjukkan rakyat Sarawak tidak berfikiran sempit dan bersedia untuk melakukan perubahan.
“Kita bukan sahaja disokong oleh pengundi Cina, tetapi juga dari Melanau dan Iban yang selalunya memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN).
“Golongan Bumiputera sekarang sudah berfikiran terbuka dan menyokong DAP, suatu yang tidak pernah berlaku dulu,” katanya.
Ditanya mengenai peluang PR untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan tahun depan, Anwar berkata PR masih berpeluang tetapi PR harus juga bersikap realistik.
Pada pilihan raya kelmarin, BN gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 dan calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi manakala terdapat 395 undi rosak.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di Sibu sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira dan diumumkan.
Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan calon DAP yang sama, See Meng dengan majoriti 3,235 undi.SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment