IPOH, 17 Mei : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah tindakan Datuk Hamidah Osman menggunakan sambutan Hari Guru untuk berpolitik di sekolah yang sepatutnya tidak berlaku. Dengan membawa perutusan Hari Guru daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi tujuan memasuki sekolah adalah amat bertentangan dan tidak sepatutnya berlaku.
Bagi DPPN Pk, Umno sudah mula mengheret guru-guru dan pelajar-pelajar untuk berpolitik kepartian. Jika perkara ini telah di izinkan oleh kerajaan, bermakna semua parti politik sepatutnya di izinkan bagi tujuan yang sama. Umno yang selama ini menuduh PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bertindak tidak demokratik, tetapi sebenarnya merekalah yang tidak demokratik di dalam perkara ini.
Datuk Hamidah yang seolah-olah sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan di lihat cuba untuk mengheret siapa sahaja untuk memberikan sokongan kepadanya. Datuk Hamidah juga akan menentang siapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya dan bertindak tidak profesionalisme serta mencampuri urusan pegawai-pegawai yang berkaitan.
DPPN Pk mendesak agar Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Perak menghalang usaha Datuk Hamidah tersebut. DPPN Pk juga meminta penjelasan JPN Perak di dalam perkara ini. Sikap yang sedemikian amat melampau dan tidak wajar di biarkan begitu sahaja. Datuk Hamidah seolah-olah sekarang ini sudah gilakan kuasa dengan tindakan tersebut yang akan merosakkan nama baik pendidikan Negara.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment