Wednesday, July 28, 2010
Jelaskan tujuan kerjasama Umno-PAS
SHAH ALAM, 28 Julai : Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak tertentu termasuk golongan ulama ikhlas menyatakan tujuan sebenar memastikan kerjasama antara PAS dan UMNO.
Katanya, beliau mengakui perpaduan itu penting namun ia hendaklah mempunyai menggunakan pendekatan yang betul dan tujuan ia mahu direalisasikan.
“Perpaduan itu adalah satu tuntutan. kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan, mesti mulakan dengan premis yang betul. Jika ditanya apakah akan ada menentang kalau orang Islam dan Melayu bersatu? Tiada orang akan menentang dan saya pun kata bagus. Namun, bersatu untuk apa? Bersatu itu adalah untuk menegakkan sesuatu dengan lebih baik, bukan bersatu kerana diancam," katanya ketika sesi dialog bersama pengarang dan wartawan Sinar Harian sempena kunjungannya ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi orang tengah bagi menyatukan PAS dan UMNO.
Anwar berkata, isu perpaduan yang diperkatakan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha kaum Melayu untuk mendominasi kumpulan lain.
Mengenai peranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan menjadi penghalang kepada kerjasama PAS dan UMNO, Anwar berkata, kerjasama dua parti itu tetap tidak akan menjadi kenyataan walaupun tanpa campur tangan Nik Aziz.
“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini.
“UMNO juga tidak faham PAS. UMNO merasakan jika mereka boleh tawan Nik Aziz mereka boleh tawan PAS,” katanya.SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment