PARIT BUNTAR, 31 Ogos : Satu kebakaran telah memusnahkan sebuah rumah berlaku di Parit Tanjung Piandang, Tanjung Piandang pada hari Ahad lepas.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.00 pagi tersebut telah memusnahkan seluruh harta benda di dalam rumah termasuk buku-buku sekolah.
Anak pemilik rumah tersebut Fahmi Abu Bakar, 15 berkata, ketika kejadian ibu dan tujuh ahli keluarganya berada di dalam rumah.
“ Kejadian tersebut berlaku amat pantas, sekelip mata api menjadi marak dan terus memusnahkan rumah kami. Mak saya mengalami luka di tangan, namun kami semua berjaya menyelamatkan diri”
“ Pihak Bomba Sukarela yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu bagaimanapun gagal menyelamatkan rumah tersebut kerana api telah pun marak membakar rumah tersebut” katanya
Fahmi berkata, Keluarganya tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran tersebut walaubagaimanapun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan rumah jiran berhampiran rumahnya terselamat dari kebakaran.
“ Pihak Bomba dapat mengawal api dari merebak ke rumah jiran. Walaubagaimana pun rumah kami hangus terbakar dan tiada harta benda yang dapat diselamatkan” katanya
Sementara itu, Kebakaran tersebut mendapat simpati segera daripada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan Lujnah kebajikan PAS Parit Buntar yang telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mangsa kebakaran.
Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, PAS Parit Buntar bersimpati dengan Pemilik rumah Abu Bakar Mat Nor terutama memikirkan tentang tiga orang daripada anaknya akan menghadapi peperiksaan STPM, SPM dan PMR.
“"Saya harap mangsa kebakaran terutama ketua keluarga Abu Bakar Mat Nor ini akan tabah menghadapi ujian dari Tuhan kerana sesungguhnya Tuhan menyayangi orang-orang yang ditimpa kesusahan"katanya
“ Saya berharap kerajaan negeri segera memberikan bantuan membina semula rumah Abu Bakar Mat Nor. Begitu juga dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, saya harap dapat membantu mangsa bagi meringankan beban yang beliau tanggung” katanya
Turut sama melawat tempat kejadian ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari , Setiausaha Lujnah Kebajikan Adnan Abd Rahman dan beberapa Ajk PAS Cawangan Parit Tanjung Piandang.
No comments:
Post a Comment