Monday, September 27, 2010

ADUN Bebas Perak ada kuasa penentu


IPOH , 28 Sept. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk) mendakwa terdapat ‘kuasa ketiga’ dalam politik Perak jelas kelihatan apabila ada pihak yang ingin memenuhkan agenda untuk kepentingan peribadi.

Setiausaha DPPNPk, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa pihaknya dapat menghidu perkara ini apabila ada dalam kalangan mereka yang mempunyai kekayaan luar biasa dalam sekelip mata.


“Sebagai contoh kejayaan yang dicapai Ahli Dewan Undangan Nnegeri (ADUN) Behrang dengan menjemput Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir ke majlisnya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri berada di ‘di hujung telunjuk’ ADUN Bebas,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Raja Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ADUN Bebas terbabit bakal bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Selain itu, tidak mustahil jika ADUN terbabit berani menjadi calon mewakili Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya rakyat menilai sendiri ‘sandiwara politik’ yang berlaku pada masa kini.

“Pada hakikatnya, setiap penafian politik yang dibuat oleh mereka (BN) kadang-kadang adalah kebenarannya,” katanya.SH

No comments: