Sunday, September 5, 2010
Umno rosakkan negara, wajib diganti
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Malaysia memerlukan pemerintah lebih adil berbanding pemerintahan Umno yang ada pada hari ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Berucap pada satu ceramah di Shah Alam malam tadi beliau berkata, negara ini sudah rosak akibat amalan rasuah, kronisme dan pembaziran yang dilakukan pemerintah.
Lebih teruk katanya apabila isu perkauman cuba dihangatkan dalam usaha meraih sokongan politik.
Zaman Rasulullah dahulu katanya, keadilan menjadi teras kepada memilih pemimpin tanpa mengira faktor bangsa dan agama.
"Tak kira anak tempatan atau bukan anak tempatan kerana Rasulullah SAW sendiri bukan anak jati Madinah.
"Rasulullah s.a.w diberi mandat sebab rakyat yakin baginda boleh laksana keadilan untuk semua," ujarnya.
Isu perkauman dibangkitkan Umno katanya menunjukkan parti itu berada dalam keadaan terdesak selepas mereka ditolak oleh rakyat.
Beberapa amalan Umno itu menurut beliau, tidak ubah seperti amalan para pemimpin jahiliah Arab yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah.
"Seperti Arab Jahilah yang tidak mahu Rasulullah melakukan Fathul Makkah (pembukaan kota Makkah), Umno pun sanggup buat apa saja asalkan pemikiran rakyat dan kerajaan pusat boleh terus dijajah," ujarnya.
Tambahnya, Umno lebih bimbang apabila orang bukan Melayu seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilihat lebih gigih memelihara kepentingan Melayu dan Islam di negeri Pakatan Rakyat itu berbanding zaman Umno.
"Kita di Malaysia pun perlu kepimpinan yang jauh lebih adil, kita perlu futuwwah (pembukaan) semacam yang Rasulullah buat (iaitu) ubah rakyat dari perhambaan sesama manusia pada perhambaan hanya kepada Allah," beliau menambah.
Sehubungan itu beliau menyeru rakyat agar tidak takut dengan propaganda media pro Umno, kononnya kepentingan Melayu akan terjejas sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan kelak.hrkh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment