KUALA LUMPUR, 14 Okt. : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) mencadangkan pengajian tentang perlembagaan dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Cadangan itu, katanya demi memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air.
"Saya kira ini salah satu penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu yang mengamalkan politik sempit menggunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka," ujarnya pagi semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, Subjek Perlembagaan dan Kenegaraan (SPK) yang sedia ada di peringkan sekolah menengah adalah tidak memadai. Ini kerana katanya, subjek tersebut sekadar subjek sampingan yang dimasukkan secara tidak langsung dalam beberapa mata pelajaran yang lain.
Tambahnya lagi, cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak agar pemimpin-pemimpin rasis terbabit tidak sewenang-wenangnya boleh mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Cadangan itu secara umum seakan diterima Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Fuad Zarkashi. Menurut beliau, pendidikan berkaitan perlembagaan sahaja tidak memadai sekiranya parti-parti politik tertentu masih mengamalkan politik sempit di luar sekolah.
Sebelum itu, Mujahid yang juga AJK PAS Pusat pada sesi soal jawab lisan meminta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tentang usaha kerajaan memperkenalkan subjek keperlembagaan di peringkat menengah.
Menjawab soalan itu, Mohd Puad menegaskan bahawa subjek berkaitan Perlembagaan telahpun merentasi subjek-subjek utama lain secara tidak langsung. Namun, beliau yang Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak pula menyatakan kesediaan kerajaan Pusat memperkenalkan subjek keperlembagaan secara khusus demi menghapuskan politik rasis khususnya di sekolah. (AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Pengajian tentang perlembagaan perlu dijadikan subjek substantif dan khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah. Itu cadangan Dr Mujahid. Sedikit pandangan tambahan...
Satu: Untuk memastikan generasi muda tidak terpengaruh oleh politik sempit angkara parti-parti rasis tertentu di tanah air. Seperti UMNO, Perkasa, dan lain-lain.
Dua: Salah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu mengamalkan politik sempit, menyalahgunakan perlembagaan untuk kepentingan parti-parti atau pertubuhan rasis mareka. Sehingga tidak ada lagi 'kes-kes rasis' di tempat pembelajaran tersebut atau jabatan-jabatan lain.
Tiga: Supaya terdedah keburukan undang-undang ciptaan manusia barat, berbanding undang-undang Islam atau budaya timur yang menjadi asas kehidupan masyarakat timur dan tamaddun manusia.
Empat: Supaya terdedah juga ke wenang-wenangan golongan-golongan tertentu yang mengelirukan rakyat dengan memanipulasi isu hak keistimewaan Melayu, penyalahgunaan kuasa Raja-Raja Melayu terutama dalam institusi keagamaan, bahasa Melayu dan agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lima: Supaya jelas sejauh mana perlaksanaan agama Islam dan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dan percanggahan tafsiran yang melahirkan tindakan yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri atau hak-hak kebebasan beragama.
Enam: Cadangan ini wajar dijadikan pemangkin pada kewujudan Mahkamah Perlembagaan kelak.
No comments:
Post a Comment