Friday, November 19, 2010

Media perdana berbadan kerajaan, bersuara Umno


PULAU PINANG, 20 Nov. : Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa media arus perdana di negara ini terlalu mengikut telunjuk pemerintah UMNO Barisan Nasional sekaligus menafikan ruang yang sama rata kepada Pakatan Rakyat untuk bersuara.

Beliau turut membidas media kawalan UMNO\BN yang seringkali melaporkan fakta yang tidak tepat berhubung gagasan pakatan rakyat dan tidak membantu perkembangan minda rakyat.

Anwar, turut memberi contoh Myanmar yang diperintah oleh junta tentera negara berkenaan yang meyekat kebebasan bersuara dan menguasai media.

Menurutnya, pemerintah negara terbabit menggunakan media untuk memburukkan nama pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi dan melabelkannya sebagai pengkhianat negara.

"Media, media itu dikuasai oleh tentera Burma, buruk semua, akhlak dia tak bagus, Aung San Suu Kyi, dia tu khianat kepada Negara, dia ejen kepada Negara asing, apa beza dengan surat akhbar UMNO?

Saya kata pertamanya, tak payah baca, kalau baca rileks je lah. Kerja dia, nak marah kat UMNO macam mana, nak kata macam mana, utusan, utusn ni UMNO punya, dia kena pertahan rasuah, dia kena pertahan perjudian, dia kene pertahan perkauman sikap menghina kaum lain, bukan setakat hina kaum lain, hina kaum melayu yang miskin yang dianggap ini bodoh. Jangan bagi tahu maklumat, biar orang melayu ni kekal dengan kejahilan bodoh," katanya dalam ceramah di Ceruk Tok Kun, malam semalam.

Anwar berkata, UMNO Barisan Nasional, melalui media kawalannya seringkali menimbulkan persoalan namun enggan membuka ruang kepada Pakatan pembangkang untuk menjelas keadaan sebenar.

Beliau, buat kesekian kalinya menegaskan media arus perdana supaya kembali berpegang kepada dasar dan etika kewartawanan yang hanya melaporkan fakta yang benar lagi sahih.

No comments: