Wednesday, November 17, 2010
Mufti Perak diminta buat penjelasan tegas
PARIT BUNTAR, 18 Nov. : Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberi penjelasan secara rasmi berhubung dua kenyataan berbeza beliau mengenai upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar.
Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurazi Haji Khalid berkata, Kenyataan secara rasmi penting agar kekeliruan yang tercetus akibat majlis tersebut akan mendapat penjelasan yang tegas.
“ Upacara menepung tawar pada mulanya dikatakan sebagai perbuatan khurafat oleh Tan Sri Harussani Zakaria dan kenyataan ini boleh diikuti didalam akhbar Sinar Harian 7 November 2010.
“ Tetapi, pada 10 November 2010 pula, akhbar Berita Harian menyiarkan kenyataan Mufti Perak itu yang mengatakan bahawa perbuatan Dato’ Seri Zambry itu tidak syirik dan khurafat” katanya
Fakhrurrazi berkata, penjelasan rasmi itu juga penting bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang selama ini menjadi keliru kembali kerana perbuatan tersebut dilakukan oleh pemimpin nombor satu negeri yang memegang bidang kuasa agama Islam.
“ Walaupun Dato’ Seri Zambry mendakwa tidak mempunyai niat melakukan perkara itu dan tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.
“Ini juga seolah-olah mencerminkan bahawa majlis khurafat seumpama ini masih subur malah cuba dihidupkan kembali di Negeri Perak ini. Syariat Islam secara jelas tidak sesekali membenarkan majlis tersebut untuk diamalkan dalam masyarakat Islam “ katanya
Beliau juga musykil, bagaimana aktiviti program tersebut berada di luar pengetahuan Datuk Seri Zambry kerana setiap program-program yang akan dihadiri oleh mana-mana pimpinan kerajaan negeri sudah tentu pegawai-pegawainya mendapatkan maklum balas setiap aturcara yang akan diadakan.
Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berharap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Nizar Jamauddin bagi mendapat penjelasan terus berhubung tindakan beliau yang memegang lilin selepas Sidang Akhbar berkaitan kematian Teoh beng Hock.
“ Sekiranya Tan Sri Harussani boleh bertemu Dato’ Seri Zambry , sepatutnya beliau juga boleh bertemu Dato’ Seri Nizar bagi mendapatkan penjelasan terus.
“ Tindakan ini amat tepat bagi mendapatkan kenyataan yang lebih bersifat adil berdasarkan keadaan yang sebenar” katanya
Adnan berkata, Tan Sri Harussani akan dilihat tidak adil dengan hanya berpandukan kepada gambar semata-mata membuat kenyataan bahawa tindakan memegang lilin oleh Dato’ Seri Nizar sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
By enrolling in an accredited school, college, or degree program in massage therapy you can begin the path to the career that you dream of. Where do you start. Here are three aspects of your working life in which you can make the necessary changes. .Read over the job description and any information they sent to you. In addition, you can easily highlight some of your skills that are relevant for the company. Were you hired for one job and before long you were given 10 others too.
Post a Comment