SHAH ALAM, 7 Dis. : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Shaikh Ismail membidas sikap pimpinan Umno yang mencadangkan agar laman sosial facebook disekat yang disifatkan cuba menutup pemikiran rakyat daripada menerima sebarang maklumat dan mengeluarkan pendapat.
"Umno berpolitik secara tidak matang apabila mereka takut dan menerima tekanan dipihak mereka,mereka cuba untuk menutup suara rakyat,cuba menutup sesuatu info kepada rakyat dengan cara tidak menghormati hak rakyat dan kita percaya Umno ini bersikap terlalu takut untuk berhadapan dengan kenyataan dan info yang dikeluarkan oleh rakyat secara seluruhnya," jelas Aishah ketika dihubungi TVSelangor hari ini.
Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mencadangkan agar laman sosial facebook disekat kononnya boleh menggugat keselamatan negara.
Beliau berkata saranan agar sekatan dikenakan itu ekoran terdapat pengguna yang mengambil kesempatan atas kecanggihan teknologi untuk menghina agama Islam dan pemimpin negara.
Aishah juga menegaskan cadangan menyekat laman sosial facebook itu hanya menyerlahkan Umno cuba menutup suara rakyat.Penggunaan laman sosial facebook di Malaysia dianggarkan mencecah lapan juta pengguna.
"saya rasa Umno tidak harus mengkhususkan laman facebook itu untuk ancaman kepada keselamatan negara,kerana saya lebih memandang mereka lebih gusar dan takut bahawa laman tersebut dijadikan sebagai satu yang lebih menggugat kredibiliti Umno dan Barisan Nasional,saya rasa laman facebook bukan laman politik yang menyeluruh dan kita faham penggunanya daripada pelbagai peringkat dan sebagai sebuah kerajaan mereka perlu menghormati hak-hak individu yang terkandung di dalam negara kita," katanya.
Aishah juga membidas sikap dan mentaliti pemimpin Umno yang tidak menghormati hak rakyat dan ia bukti bahawa Umno tidak layak memimpin sebuah kerajaan.
"Jika beginilah standart pemimpin Umno yang ada,saya rasa sahlah kerajaan ini mementingkan parti politik tetapi tidak mementingkan langsung hak rakyat dan saya rasa sebagai anak muda dan pengguna facebook adalah anak muda saya harap Umno tidak menggunakan politik yang cetek dan menunjukkan mereka tidak layak untuk bergelar kerajaan," katanya.
Aishah juga menjangkakan bahawa ini adalah petanda-petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.
"Saya rasa juga merasakan salah satu petanda-petanda awal bahawa kita akan menghadapi PRU-13 dengan merasakan kekuatan jentera media tersebut dan menunjukkan ia sesuatu untuk PRU ke 13 itu semakin hampir," jelasnya lagi.
MUFTI PERAK : AMALAN BERUNSUR KHURAFAT
No comments:
Post a Comment