PAS yakin tawan Terengganu
KEMAMAN, 26 Dis. : PAS yakin mampu merampas kembali tampuk pemerinta-han negeri ini pada pilihan raya umum akan datang seterusnya bersedia mewujudkan kerajaan yang adil dan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya berdasarkan komitmen padu jentera pilihan raya parti berkenaan pada peringkat akar umbi ketika ini.
Pengarah Majlis Tinda-kan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, rakyat pada masa kini sudah muak dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberi kelebihan kepada PAS untuk menang.
“Di mana sahaja termasuk kedai kopi, ramai yang bercakap dan meluahkan rasa kesal dengan UMNO dan BN yang gagal mentadbir dengan baik sehingga menyebabkan pelbagai gejala sosial seperti merempit, seks bebas, buang bayi dan sebagainya tidak dapat dibendung.
“Malah, kita akan sentiasa mendengar luahan rasa kesal penduduk kampung, golongan profesional dan pelajar mengenai perkara sama,” katanya pada program memasak bubur asyura yang diadakan di Surau Haji Muda.
Sehubungan itu, Hanafiah berkata, berdasarkan ‘mood’ rakyat ketika ini PAS yakin mampu menawan kembali hati rakyat.
“Malah, saya juga yakin untuk merampas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tahun depan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Hanafiah berkata, program memasak bubur asyura tahun ini menjadi program besar-besaran yang pertama kali dianjurkan pihaknya.
“Kita masak sebanyak 17 kawah bubur asyura dan penyediaan bahan membabitkan semua tenaga jentera peringkat DUN iaitu 21 cawangan di bawah DUN Chukai,” katanya.SH
No comments:
Post a Comment