ALOR SETAR : Semua orang, semua kaum, dan semua agama menerima perbuatan khianat dan mungkir janji sebagai tidak bermoral. Fakta sahih (bukan fitnah) yang ada di depan mata kita ialah UMNO memiliki kedua-dua perangai tidak bermoral itu.
Pertama, Muhamad Farid Saad, ADUN UMNO untuk Pulau Betong, Pulau Pinang telah mengaku UMNOlah yang menyebabkan tanah milik Melayu di negeri itu terlepas ke tangan orang lain. Dia mahu menyaman Harakah kerana mendedahkan perkara ini tetapi menarik balik cadangan itu. Pastilah hajat itu dibatalkannya kerana ada kebenaran dalam pernyataan tersebut. Kalau lawan di mahkamah pun akan kalah. Oleh sebab itu, sahihlah UMNO mengkhianati orang Melayu.
Kedua, pada awal bulan November yang lalu, seorang menteri UMNO telah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar bahawa harga petrol RON 95 tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun ini. Malangnya, UMNO menunjukkan kepada rakyat sikap lidah bercabang mereka dengan menaikkan harga petrol jenis itu sebanyak 5 sen hingga menjadikannya RM1.90 sebelum tahun 2010 berakhir.
UMNO sememangnya pengkhianat bangsa dan tidak berpegang kepada janji. Dua fakta yang benar ini menjadikan mereka sebagai sebuah parti yang bukan sahaja tidak bermoral malahan juga tidak bermaruah. Parti busuk seperti ini perlu dibanteras secara habis-habisan sebelum menjadi bertambah-tambah onarnya.
Tidak bolehkah kedua-dua bukti nyata ini digunakan oleh PAS untuk mencantas talian hayat UMNO di luar bandar? Adakah orang Melayu luar bandar akan menolak kebenaran ini?
Maklumat ini akan memberi kesan yang negatif kepada UMNO. Melayu luar bandar bukan manusia primitif. Mereka boleh berfikir secara rasional jika kena gayanya. Gaya yang betul itulah perlu digunakan untuk mencantas talian hayat UMNO- Drs. Harun Jaafar
No comments:
Post a Comment