Wednesday, December 15, 2010

"Penggantungan 4 MP: Usaha terakhir UMNO-BN untuk terus bernafas"

















Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan pengantungan empat Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis tujuh hari seperti kebiasaan.

AIC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Malaysia menuju demokrasi gelap! Di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia "boneka yang dilacurkan" untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.

Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang "mengikat" leher Rakyat, maka pelbagai helah dan berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.

Melalui tindakan ini, tujuan Regim UMNO-BN, tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka. Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke "ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berperlembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!". Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan dan Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.

*Kenyataan media oleh Saifullah Zulkifli (gambar atas) dari Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

No comments: