Sunday, December 19, 2010

Rakyat miskin subsidi tidak sampai disapu kroni Songkok Tiga Jengkal

40 Peratus Rakyat Malaysia Golongan Paling Miskin

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg









KEPALA BATAS, 19 Dis. : Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi hari ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang memakan belanja ratusan juta wang rakyat.

Data ini diperoleh daripada booklet Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat berpendapat program-program yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak adalah penjenamaan semula dasar lama, yang disandarkan kepada kepada dasar yang tidak ikhlas melaksanakan reformasi yang amat diperlukan negara.

Kesannya kepada ekonomi negara amat ketara. Selama 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

Purata hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar juga melonjak kepada 53.3 peratus tahun lalu, berbanding 35.1 peratus pada tahun 1998.

Lebih mendukacitakan, 10 tahun berturut-turut Malaysia dibawah pentadbiran sekarang gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi selama 10 tahun berturut-turut.

Purata pertumbuhan ekonomi dari tahun 2001 hingga 2005 sekadar mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus sahaja, jauh lebih kecil dari sasaran 7.5 peratus.

Manakala dari tahun 2006 hingga tahun ini, purata pertumbuhan terus menguncup kepada 4.2 peratus, juga jauh dari sasaran 6 peratus.

Kelesuan ekonomi dan kegagalan pentadbiran sedia-ada memacu ekonomi negara ke paras yang lebih baik memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 hingga 2010 berligar sekitar 2.6 peratus sahaja, berbanding purata kenaikan 3.2 peratus di seluruh dunia.

Apa yang lebih membimbangkan adalah 40 peratus dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan pendapatan seisi rumah kurang dari RM1,500 sebulan. 3 dari 4 keluarga paling miskin ini adalah keluarga Melayu/Bumiputera.

Kira-kira 34 peratus dari 4 juta pekerja Malaysia dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan. Menyesakkan lagi keadaan, kuasa membeli rakyat menguncup 4 peratus antara tahun 1990 dan 2009.

Subsidi berbilion ringgit yang dijanjikan kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak disampaikan kepada rakyat memerlukan. Kira-kira 62 peratus dari RM39 bilion bayaran subsidi dan pampasan setiap tahun diberi kepada sektor korporat, khususnya penjana tenaga bebas dan konsesi lebuhraya yang didominasi oleh syarikat-syarikat kroni.

Ini berbeza dengan jumlah RM4 bilion yang diperlukan untuk menampung subsidi makanan dan RM11 bilion untuk minyak. Kedua-dua subsidi ini cuba ditarik balik oleh Umno-BN, atas alasan ia membebankan Perbendaharaan Negara.

No comments: