SHAH ALAM 31 Dis. : Ahli Lajnah Politik PAS, Khalid Samad membidas serangan pelbagai pihak didalangi Umno dan akhbar Utusan Malaysia yang menghentam Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan menganggap sebagai bermotif politik.
Beliau mempersoalkan pula pelbagai program yang dilakukan golongan rapat dengan UMNO seperti Puteri Umno dan Wanita Umno yang langsung tidak diendahkan sesiapa walaupun pelakunya orang Islam sendiri.
"Kalau pihak Puteri Umno buat, itu tak apa, tak tutup aurat pun tak mengapa. Nak buat apa peduli Teo Nie Ching, dia bukan orang Islam. Patutnya diberi keutamaan kepada orang Islam itu sendiri. Tapi orang bukan Islam yang di'highlight', nak bantai, nak kritik, lepas tu nak jauhkan dia dari masyarakat Islam dan surau. Ini satu sikap yang saya rasa bermotif politik," katanya.
Khalid mengulas mengenai Isu Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya baru-baru ini.
Hal itu mendapat liputan meluas dari akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang menganggap Teo mencemarkan kesucian masjid.
Teo kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.
Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.
Khalid mempersoalkan kefahaman UMNO mengenai Islam yang seolah hanya bersifat luaran sahaja dan tidak menyelesaikan sebarang permasalahan sebenar.
"Sedangkan kita lihat di luar, orang perempuan Melayu ajar senamrobik pakai shorts dan baju ketat tak ada orang bising? Adakah buat dekat surau saja salah, di luar tak salah?Ini yang saya tak faham dengan UMNO ni, Memelayukan Islam sehingga Islam nampak sempit dan mengelirukan," tegas Khalid
No comments:
Post a Comment