AMK akan siasat, Menteri perlu tampil bersih nama
“AMK akan menghantar beberapa exco untuk misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi Migrant Care dan juga Kedutaan Indonesia untuk mendapatkan fakta sebenar kejadian rogol ini,” kata Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN.
Menurut Shamsul lagi, isu tersebut yang kini rancak diperkatakan di ruang siber dan jelas merujuk kepada seorang menteri yang masih berkhidmat sekarang. Justeru, menteri itu perlu tampil segera menafikannya dan membersihkan nama beliau.
“AMK mendesak menteri tersebut segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar,” kata Shamsul lagi.
Sekiranya ia benar, kata Shamsul, insiden ini membawa imej buruk kepada kerajaan Perdana Menteri kerana tidak berbuat apa-apa sejak ia dilaporkan pada tahun 2007.
“AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib Tun Razak, (kerana) tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual dalam kabinetnya dan bersikap ‘duduk dan diam’,” kata Shamsul.
“AMK juga mendesak agar penyiasatan menyeluruh dilakukan demi membersihkan maruah negara yang tercemar,” kata Shamsul.
Insiden seorang Menteri yang dikatakan merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 hangat diperkatakan selepas ia dihebahkan badan bukan kerajaan (NGO) kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care.
Kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan dihantar pulang ke Jawa Tengah dan dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan ke atasnya.
1 comment:
Siasat jangat tak siasat. Dedah jangan tak dedah. Hukum Islam sewajibnya dikenakan...kalau muhsan yang berzina maka kena rejam dia...tak kiralah dia punya bapak atau dia memangnya anak yatim....kena rejam sampai mati!
Post a Comment